Acara Gundam Metaverse 3rd Limited Time Open yang dinanti-nantikan akan bermula pada Khamis, 5 Disember 2024, menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat siri ikonik Gundam dan penyanyi maya Hatsune Miku.
Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar GUNDAM METAVERSE PROJECT, yang mengajak peminat untuk sama-sama mencipta masa depan alam semesta Gundam bersama Bandai Namco.
Berdasarkan maklum balas daripada acara sebelum ini, Gundam Metaverse telah menerima kemas kini yang signifikan.
Kali ini, peminat boleh menikmati pengalaman yang lebih mendalam, termasuk lobi utama yang menyerupai space colony, pameran digital yang memaparkan ciptaan GUNPLA pemenang anugerah daripada GUNPLA BUILDERS WORLD CUP, serta ciri baharu seperti persembahan langsung, kedai maya, dan kebolehan untuk mengimbas model GUNPLA untuk kandungan interaktif.
Ruang metaverse ini boleh diakses dengan mudah melalui komputer, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyertainya dari keselesaan PC mereka.
Hatsune Miku Bergabung dengan Gundam dalam Metaverse Live Performance!

Salah satu sorotan terbesar edisi ini ialah kolaborasi istimewa untuk meraikan ulang tahun ke-45 siri Gundam. Buat pertama kalinya, Gundam akan bekerjasama dengan penyanyi maya terkenal dunia, Hatsune Miku, dalam Metaverse Live Performance eksklusif.
Ilustrasi watak untuk visual utama acara ini direka oleh Mai Okuma, yang menampilkan Hatsune Miku dalam kostum istimewa yang diinspirasikan oleh pakaian seragam Mobile Suit Gundam. Persembahan langsung ini adalah percuma untuk semua peserta, menjadikan acara ini sesuatu yang mesti dilihat oleh peminat Gundam dan Miku.

Selain daripada konsert langsung, item avatar original dan produk eksklusif akan tersedia kepada para peserta. Projek Metaverse juga menjanjikan perkembangan masa depan dalam muzik, reka bentuk produk, dan persembahan langsung, dengan membawa pencipta berbakat untuk membawa kandungan yang baru dan menarik.
Kempen Pra-Pendaftaran: Menangi Hadiah Eksklusif!

Sebelum pelancaran Gundam Metaverse 3rd Limited Time Open, satu kempen pra-pendaftaran khas kini dibuka sehingga 3 Disember 2024 (PST). Peminat yang mendaftar awal berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk model GUNPLA dan Gundam Metaverse Live Hatsune Miku Happi Coat.
Sebanyak 200 pemenang bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah. Jangan lepaskan peluang ini—pra-daftar sekarang! Untuk menyertai, cipta sahaja ID Bandai Namco (pendaftaran percuma) dan sertai kempen melalui laman rasmi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Projek Gundam Metaverse di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post