Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Breaker 4 Umum ‘Open Network Test’, Akan Bermula 18 Julai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2024
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, PS5
0 0
0
Gundam Breaker 4 Umum ‘Open Network Test’, Akan Bermula 18 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang ulang tahun ke-11 bagi siri Gundam Breaker, pemain di seluruh dunia akan mendapat peluang untuk menguji Gundam Breaker 4 menerusi Open Network Test mulai 18 Julai.

Pada masa yang sama, Bandai Namco turut memuat naik gameplay baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Open Network Test

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kembali ke topik utama, Bandai Namco Entertainment akan menganjurkan Open Network Test untuk Gundam Breaker 4 pada 18 hingga 20 Julai, di Nintendo Switch, PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Memberi peluang kepada semua untuk mencuba game ini sebelum keluaran rasmi, peserta ujian boleh memasang Gunpla sendiri daripada 20+ Mobile Suit, sebagai persiapan diri sebelum pelancaran rasmi yang sebenarnya menampilkan 250+ Mobile Suit untuk dipakai.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selepas membina Gunpla sendiri, pemain kemudian boleh menyertai rakan-rakan dan pemain lain dalam pertempuran multiplayer 3-player co-op untuk mengatasi gelombang musuh yang datang berterusan, termasuk bos mecha gergasi. Apabila mengalahkan musuh, pemain mengumpul bahagian untuk membuat Mobile Suit yang lebih besar dan lebih baik.

Pemain juga dapat menggunakan ciptaan Gunpla mereka sebagai avatar di lobi multiplayer, di mana pemain boleh berinteraksi dan menunjuk-nunjuk sebelum bertarung bersama.

Tentang Game Ini

Kredit: Bandai Namco Entertainment

GUNDAM BREAKER 4 ialah game aksi hack-and-slash dan membina model – yang berlangsung pada masa hadapan di mana pembina Gunpla menggunakan simulasi untuk mencipta sut custom dan melawan sesama ciptaan lain dalam pertempuran maya.

Pemain mengumpul barang terhad dengan memecahkan bahagian semasa pertempuran, dan kemudian menggunakan bahagian tersebut untuk membina Gunpla hibrid baharu yang lebih kuat menggunakan pilihan customization dalam game demi menghadapi cabaran yang lebih sukar.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Entri kali ini membolehkan pemain customize Gunpla mereka dengan lebih daripada 250 base kit, serta memperkenalkan ciri serba baharu, di mana pemain dapat menggunakan dua senjata berbeza untuk kombo unik.

Gundam Breaker 4 rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 Ogos 2024 dan kini tersedia untuk pra-pesan digital.


 

Tags: GUNDAM BREAKER 4
ShareTweetSend
Previous Post

Sword Art Online: Fractured Daydream Akan Tiba 3 Oktober, Boleh Pre-Order Sekarang!

Next Post

Sonic X Shadow Generations: Info Baru Tentang Cerita, Watak, Gameplay & Level!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Sonic X Shadow Generations: Info Baru Tentang Cerita, Watak, Gameplay & Level!

Sonic X Shadow Generations: Info Baru Tentang Cerita, Watak, Gameplay & Level!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd