Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GSC Fan Screening “Evangelion 3.0+1.0” akan berlangsung 22 Okt! Tiket dijual sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
GSC Fan Screening “Evangelion 3.0+1.0” akan berlangsung 22 Okt! Tiket dijual sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu filem terakhir Evangelion, akhirnya ia akan ditayangkan di Malaysia pada 27 Oktober 2022! Lebih istimewa lagi, GSC telah mengumumkan tarikh Fan Screening bagi filem anime Evangelion 3.0+1.0 Thrice Upon a Time – yang akan bermula pada 22 Oktober 2022 jam 3 petang.

Tiket Fan Screening sudah pun mula dijual sejak hari ini. Dengan membeli tiket berharga RM90, anda juga akan mendapat barang istimewa yang dikeluarkan khas untuk Fan Screening sahaja iaitu “1x A4 Autographed Doubled-Sided Poster (Japan Import)” dan “1x A2 Movie Poster”.

Untuk Fan Screening, GSC telah membuka satu lokasi untuk anda layan filem finale Evangelion yang terhad kepada satu pawagam sahaja iaitu GSC Mid Valley. Anda boleh membeli tiket di laman web rasmi GSC Malaysia.

Berikut adalah sinopsis:

Berikutan percubaan gagal NERV untuk mendapatkan Spears of Longinus dan menjalankan Human Instrumentality Project, kemusnahan yang disebabkan oleh Fourth Impact berjaya dielakkan.

Dalam keadaan kucar-kacir, Shinji Ikari, Asuka Langley Shikinami dan Rei Ayanami pergi ke Village 3—sebuah penempatan yang bebas daripada kemusnahan Bumi. Di sana, Shinji perlahan-lahan menerima masa lalunya, sambil mengenang kehidupan yang sama sekali berbeza dari zamannya sebagai juruterbang Evangelion.

Sementara itu, Nerv membuat persiapan untuk meneruskan Instrumentality Project melalui Impact baharu. Apabila kapal perang udara utama WILLE tiba di penempatan, Shinji memutuskan untuk menaiki kapal, kerana percaya dia boleh membantu dengan memandu Evangelion.

Apabila rahsia baharu terbongkar dan pertempuran antara WILLE dan NERV semakin hampir, masa depan Bumi kini dalam ancaman. Bolehkah Shinji menyelamatkan manusia dan seluruh dunia buat kali terakhir?

Saya ingin mengingatkan anda bahawa tiket Fan Screening Evangelion 3.0+1.0 Thrice Upon a Time sudah mula dijual pada harga RM90 manakala tarikh tayangan Fan Screening adalah pada 22 Oktober 2022.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Evangelion, sila tekan pautan ini.

Tags: animeEvangelionFan ScreeningfilemGSC
Previous Post

Siapakah Black Adam? Biodata ringkas tentang Teth-Adam!

Next Post

Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) — Pengembaraan visual paling best setakat ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) — Pengembaraan visual paling best setakat ini!

Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) -- Pengembaraan visual paling best setakat ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd