Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Grand Theft Auto VI: Setiap Butiran Tersembunyi & Easter Egg Menarik Dalam Trailer 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2025
in Action, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Open World, PS5, Senarai, Xbox Series X|S
0 0
0
Grand Theft Auto VI: Setiap Butiran Tersembunyi & Easter Egg Menarik Dalam Trailer 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Trailer kedua Grand Theft Auto VI akhirnya dilancarkan, padat dengan pelbagai teaser gameplay, butiran dunia yang mengagumkan, serta rujukan terhadap sejarah panjang siri ini. Berikut adalah semua perkara menarik yang anda perlu tahu daripada pendedahan terbaru Rockstar.

Kereta Api Metro Bergerak

Kredit: Rockstar Games

Dalam satu babak, sebuah kereta api metro bertingkat dilihat di sekitar bandar, menunjukkan wujudnya sistem pengangkutan awam yang berfungsi. Besar kemungkinan pemain boleh menaiki kereta api ini untuk melarikan diri daripada polis, menjalankan misi, atau sekadar menikmati perjalanan — menambah satu lagi dimensi baru kepada eksplorasi dunia terbuka.

Perubahan Rumah

Kredit: Rockstar Games

Kediaman Jason dan Lucia berubah ketara, daripada flat usang kepada pangsapuri mewah lengkap dengan perabot bergaya dan almari pakaian yang tersusun rapi. Ini membayangkan sistem naik taraf rumah yang mungkin dikaitkan dengan kemajuan jenayah mereka. Pemain berpeluang untuk meningkatkan gaya hidup watak mereka seiring dengan pencapaian dalam game.

Perubahan Fizikal Jason

Kredit: Rockstar Games

Jason dipaparkan dengan bentuk badan yang berbeza-beza — kadang-kadang kelihatan kurus, kadang lebih berotot — menandakan kemungkinan kembalinya sistem ‘body stat’ seperti dalam GTA: San Andreas. Berkemungkinan aktiviti seperti mengangkat berat akan sekali lagi memainkan peranan dalam membentuk fizikal watak, memberikan kesan kepada gameplay. Rambut dan janggut Jason juga berubah-ubah panjangnya sepanjang treler, mengisyaratkan sistem pertumbuhan dinamik ala Red Dead Redemption 2 — satu sentuhan kecil yang mempertingkatkan unsur realisme dan personalisasi.

Pertarungan Sangkar Lucia

Kredit: Rockstar Games

Lucia dilihat bersedia untuk bertarung di dalam sebuah sangkar, mengusik tentang sama ada sistem pertarungan jarak dekat telah dipertingkatkan atau kelab pertarungan bawah tanah. Ini mungkin bermakna akan ada kejohanan bergaya jalanan atau kembalinya elemen bertarung bebas ala San Andreas, memberikan rasa lebih ‘brutal’ kepada pertempuran.

Hidupan Liar yang Mengancam

Kredit: Rockstar Games

Seekor buaya kelihatan mengintai di kawasan tanah berair, sambil seekor rusa pula berlari bebas di hutan. Kepelbagaian fauna, termasuk ikan, burung dan lain-lain, memberi bayangan bahawa elemen interaksi dengan hidupan liar seperti memburu atau memancing mungkin hadir, seolah-olah memperluaskan aktiviti sampingan seperti dalam Red Dead Redemption 2.

Sindiran “Leaks” oleh Jason

Trailer bermula dengan Jason Duval berkata santai, “Just fixin’ some leaks,” sambil berdiri di atas bumbung. Dialog ini jelas menyindir insiden kebocoran maklumat sebenar yang melanda Rockstar pada tahun 2022.

Gurauan Nombor Telefon

There are real phone numbers hidden in the new GTA 6 trailer and we called them to see who'd pick up 📞👀 pic.twitter.com/enlWIiT3PW

— ComicBook.com (@ComicBook) May 6, 2025

Beberapa nombor telefon muncul di latar belakang. Jika mendail nombor tersebut GTA V, pemain akan mendapati nombor itu sebenarnya hidup. Ini satu lagi contoh jenaka interaktif Rockstar, menghubungkan dunia GTA lama dan baru untuk pemain yang gemar meneroka.

Kemunculan Phil Cassidy

Kredit: Rockstar Games

Phil Cassidy, watak ikonik dan juga peminat senjata dari Vice City, dilihat dalam sebuah iklan Ammu-Nation — atau mungkin itu anaknya. Sama ada benar atau tidak, penampilan ini menghubungkan GTA VI dengan era klasik tersebut.

Wang Kertas President Hardin

Posts from the rdr2
community on Reddit

Dalam satu adegan, sekeping wang kertas $1 diperlihatkan memaparkan wajah President Hardin dari Red Dead Redemption 2. Butiran kecil ini mencetuskan teori tentang wujudnya hubungan antara alam semesta Rockstar.

Konsol Gaya PS5

Kredit: Rockstar Games

Sebuah konsol gaming dalam dunia GTA VI direka menyerupai PlayStation 5 — mungkin berjenama Degenetron, yang merujuk kepada konsol fiksyen dari game GTA sebelum ini.

Pelbagai Mini-Game

Kredit: Rockstar Games

Jason dilihat bermain snuker, pantai dihiasi dengan jaring bola tampar, dan gelanggang bola keranjang merata untuk melakukan slam dunk. Trailer ini mengusik kehadiran pelbagai mini-game yang boleh dimainkan, memberikan pemain peluang untuk berehat seketika daripada dunia jenayah Vice City — mengingatkan kita kepada kepelbagaian aktiviti sampingan dalam San Andreas.

Untuk maklumat lanjut tentang Grand Theft Auto VI, layari laman web rasmi.

Tags: Grand Theft Auto VI
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Rumble Ditunda Sekali Lagi, Pengguna iOS Malaysia Masih Tidak Dapat Bermain

Next Post

Kingston Umum Kempen “Built on Commitment” di Seluruh Asia-Pasifik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kingston Umum Kempen “Built on Commitment” di Seluruh Asia-Pasifik

Kingston Umum Kempen "Built on Commitment" di Seluruh Asia-Pasifik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd