Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Versus: Rising akan tiba 30 November! Boleh pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy Versus: Rising akan tiba 30 November! Boleh pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Cygames dan Arc System Works mengumumkan bahawa game fighting Granblue Fantasy Versus: Rising akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 30 November manakala prapesan akan bermula di PlayStation Store untuk Edisi Standard dan Edisi Deluxe pada 7 Ogos.

#GBVSR #GBVS
Granblue Fantasy Versus: Rising releases worldwide on November 30, 2023!
Preorders on the PlayStation™Store start August 7 (PT).

Wishlist option available for the Steam version.

「グランブルーファンタジーヴァーサス -ライジング-」 2023年11月30日… pic.twitter.com/KKjws4gGjV

— GBVS/Granblue Fantasy Versus (@gbvs_official) August 6, 2023

Edisi Percuma juga akan tersedia, yang merangkumi empat watak boleh dimainkan, bahagian pertama untuk jalan cerita, dan permainan online dan akses lobi (termasuk “Grand Bruise Legends” yang boleh dimainkan sepenuhnya). Malangnya, beberapa ciri terpaksa dihadkan dan untuk membuka semua, anda perlu membeli sekurang-kurangnya edisi Standard.

Ujian beta terbuka kedua akan tersedia pada musim luruh (sekitar September hingga Disember) ini, yang memberi pilihan perlawanan lobi, cross play, dan Grand Bruise Legends, serta beberapa pelarasan kepada gameplay. Buat kali pertama, versi PC juga akan dimasukkan ke dalam ujian beta.

Kredit: Arc System Works

Bagi mereka yang kurang tahu, Granblue Fantasy Versus: Rising dibuat oleh Arc System Works (yang terkenal dengan francais Guilty Gear) dan Cygames. Mengadaptasikan sepenuhnya francais Granblue Fantasy ke sistem fighting game, game ini menampilkan banyak elemen gameplay baharu, termasuk watak, mekanik dan mode serba baharu. Selain itu, Granblue Fantasy Versus: Rising akan menggunakan teknologi rollback netcode untuk pengalaman online play yang lebih lancar dan responsif.

Antara ciri-ciri lain termasuk:

Kredit: Arc System Works

Senarai watak lebih besar – Pemain akan melihat banyak watak baru dan lama. Selain 24 watak daripada Granblue Fantasy: Versus, pelbagai watak baharu akan menyertai Granblue Fantasy Versus: Rising pada hari pelancaran.

Story Mode baru – Selaras dengan peningkatan jumlah jalan cerita, versi ringkas semua 50 bab yang tampil dalam Mode RPG GBVS akan disediakan dalam Story Mode serba baharu. Dengan menghapuskan ciri mengumpul item, elemen kemajuan dan pertempuran misi, cerita ini boleh dinikmati dengan lebih mudah sebagai persediaan untuk saga original baharu.

Mode Grand Bruise Legends! – Pemain dapat bertarung dengan berpuluh-puluh pemain lain dalam “Grand Bruise Legends!,” mode battle royale online yang menampilkan pelbagai mini-game. Pemain boleh sama ada bersatu dan melawan musuh atau mensabotaj pemain lain secara free-for-all dalam beberapa mini-game gaya battle royale. Mode ini boleh berfungsi sebagai tempat berehat jika anda penat berlawan satu lawan satu, atau bagi sesiapa yang belum bersedia untuk bermain online.

Kredit: Arc System Works

Untuk baca segala liputan kami tentang Granblue Fantasy Versus: Rising, sila tekan pautan ini.

Tags: game fightingGranblue Fantasy Versus: Rising
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact 4.0 — Segala Info yang Anda Perlu Tahu Tentang Fontaine! Bakal Lancar 16 Ogos Ini!

Next Post

Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd