Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result
Home Berita

Granblue Fantasy: Relink akan lancar hujung 2023-awal 2024! Tambah 2 watak baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink akan lancar hujung 2023-awal 2024! Tambah 2 watak baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, penerbit Cygames dan pembangun Cygames Osaka mengumumkan bahawa game aksi RPG Granblue Fantasy: Relink akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada Musim Sejuk ini (sekitar hujung 2023 – awal 2024). Bersama anggaran tarikh keluaran, mereka turut menambah dua watak baharu untuk pemain mencuba.

Berikut adalah trailer baharu untuk anda tonton:

Menurut kata pengarah besar Tetsuya Fukuhara di PlayStation Blog:

Granblue Fantasy: Relink berlangsung di Sky Realm, tempat di mana sejumlah pulau terapung di hamparan flora yang indah. Protagonis, ditemani oleh seekor naga kecil bernama Vyrn dan seorang gadis muda dengan kuasa misteri bernama Lyria. Bersama, mereka belayar ke Estalucia, sebuah pulau dongeng di hujung langit. Sepanjang perjalanan, mereka bertemu dengan pelbagai watak unik, lalu menjadikan mereka kawan di dalam krew.

Kisah Relink mengisarkan Zegagrande Skydom. Di sudut dunia, pulau-pulau dikawal oleh makhluk kuat yang dikenali sebagai “primal beast” dan berita tentang organisasi rahsia bernama Church of Avia mula tersebar. Tidak lama selepas itu, protagonis harus menyertai peperangan yang menentukan nasib Sky Realm itu sendiri.

Kredit: Cygames

Daripada segi gameplay, Granblue Fantasy: Relink ialah aksi RPG di mana pertempuran dilakukan dalam mode co-op. Sehingga empat pemain lain boleh terlibat dalam quest anda dan bertarung bersama. Dalam Relink, setiap formasi musuh dan parti mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri—kunci kemenangan terletak pada cara anda menyusun strategi.

Walaupun game itu khas untuk bermain co-op, itu tidak bermakna anda akan berlawan bersendirian jika tiada rakan bersama. Dalam mode single-player, CPU akan mengawal tiga ahli parti lain, yang turut dapat memberikan sokongan penting.

Kredit: Cygames

Sorotan Granblue Fantasy terletak pada wataknya. Pada masa ini, Cygames telah mengumumkan 16 pahlawan dalam Relink, masing-masing dengan gaya permainan dan kawalan intuitif sendiri. Berikut adalah watak baharu yang diperkenalkan dalam trailer:

Zeta

Kredit: Cygames

Personaliti Zeta yang berapi-api hanya dipadankan dengan gaya tempurnya. Tangkas dan dinamik, dia menari di sekeliling musuh, lalu menghancurkan mereka dengan tombak ajaib Arvess.

Vaseraga

Kredit: Cygames

Badan Vaseraga yang besar menjadikannya hampir kebal terhadap damage. Dia menyerang medan perang seperti gergasi, dan menewaskan musuh dengan Great Scythe Grynoth.

Selain dua di atas, pahlawan lain termasuk Lyria, Vyrn, Katalina, Rackam, Io, Eugen, Rosetta, Rolan, Lancelot, Vane, Percival, Siegfried, Narmaya, Yodarha, Charlotta, dan Furycane .


Sekali lagi saya ingatkan, Granblue Fantasy: Relink akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada Musim Sejuk ini (sekitar hujung 2023-awal 2024).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Granblue Fantasy: Relinkplaystation
ShareTweetSend
Previous Post

Interview bersama Wong Ding Chuen, Designer kepada ROG Ally!

Next Post

Kerana CGI Anime, Peminat One Piece & Demon Slayer Berbalah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1
Temuramah

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

May 26, 2023
[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!
Review

[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!

May 26, 2023
Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!
Berita

Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!

May 26, 2023
Next Post
Kerana CGI Anime, Peminat One Piece & Demon Slayer Berbalah!

Kerana CGI Anime, Peminat One Piece & Demon Slayer Berbalah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In