Seperti yang semua tahu, siri Tom Clancy’s yang terbaru iaitu Ghost Recon Breakpoint baru sahaja mendarat ke platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One 4 Oktober lalu, dan iya kami sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri siri terbaru hasil Ubisoft ini. Sebelum ini beberapa kali kami turut pernah mencuba demonya dan kesemuanya tidak mengecewakan. Walau bagaimanapun, dalam review kami kali ini, kami mencuba sendiri dari awal permainan dan meluangkan rasanya dalam 8 jam permainan untuk mengonsikan review ikhlas dari kami untuk anda semua.
Tapi dalam review ini bukanya full review, kerana peminat siri ini sudah tentu tahu bahawa permainan ini mempunyai jalan cerita yang panjang dengan misi yang terlalu banyak! Jadi tanpa melengahkan masa, kita mulakan review untuk permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint!
Pengenalan
Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint (Breakpoint) adalah permainan video penembak taktikal dalam talian yang dibangunkan oleh Ubisoft Paris dan diterbitkan oleh Ubisoft.
Permainan ini ditetapkan dalam persekitaran dunia terbuka yang dipanggil Auroa, sebuah pulau fiksyen di Lautan Pasifik. Pemain mengambil peranan Leftenan Kolonel Anthony “Nomad” Perryman, pasukan khas yang dihantar ke pulau itu untuk menyiasat satu siri gangguan yang melibatkan Skell Technology, kontraktor tentera berdasarkan Auroa.
Permainan ini dirancang untuk dilancarkan dengan empat kelas watak. Ubisoft mengumumkan rancangan untuk membuat lebih banyak kelas tersedia melalui kemas kini selepas pelancaran. Setiap kelas mempunyai kebolehan sendiri; Sebagai contoh, panther adalah kelas berorientasikan ke arah stealth dan dapat membuang bom asap. Pemain dapat menukar antara kelas dalam permainan. Pemain perlu mengumpulkan kepintaran untuk maju melalui permainan dan boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendekati misi.
Seperti dalam tajuk sebelumnya dalam siri ini, mereka boleh menggunakan pelbagai senjata dalam pertempuran, dengan himpunan pemain diperluas untuk memasukkan pesawat pertempuran dan pelancar roket untuk membunuh musuh. Sebagai alternatif, pemain boleh menggunakan silencer untuk meneutralkan lawan secara senyap-senyap.
Di Breakpoint, pemain dapat melengkapkan pelbagai senjata dan peralatan baru seperti penembakan untuk memotong pagar, bom sulfur gas untuk membunuh musuh dan bom elektromagnetik pulse untuk melumpuhkan drone dan kenderaan. Pemain boleh membawa mayat dan menyembunyikannya supaya musuh-musuh tidak ketahui. Musuh yang jatuh akan meninggalkan loot untuk pemain kumpulkan. Rakan-rakan sepasukan yang jatuh juga boleh diselamatkan.
Gameplay – Mod Penceritaan
Sama seperti pengenalan, kami bermain sebagai Nomad, seorang Ghost dari tentera A.S yang menyelesaikan misi di kepulauan Auroa yang dimiliki oleh pengusaha teknologi Jace Skell. Sebuah kapal kargo AS yang berlabuh di pulau itu telah diletupkan jadi misi Ghost untuk mengetahui apa yang telah terjadi.
Awal-awal nak masuk permainan, agak lama dibahagian loading. Disitu memakan masa, dan kadang-kadang terdapat bug yang membawa kita ke luar permainan atau ke menu utama semula. Tapi abaikan sebentar mengenai bug tersebut, kita mulakan serba sedikit penceritaan dari mod cerita yang kami dah main beberapa jam ini.
Bermula didalam helikopter, kami dapat memilih rupa watak kami. Andai kata kalau tidak berpuas hati dengan muka watak kita yang kita buat pada awal permainan ini, jangan risau anda boleh tukar kemudian.
Sepanjang perjalanan akan bertemu dengan pegawai Ex-Skell dan orang asli Auroa, kita sebagai Nomad ditetapkan untuk mengangu sistem pertahanan drone Sentinel bagi mendapatkan bot dari kepulauan itu dan kembali kepada pasukan tenteranya untuk bantuan. Diikat dengan pelbagai kisah lalu dan urusan bagi meneruskan misi, mod penceritaan kali ini ternyata mempunyai misi spec-ops yang baik.
Juga sesiapa yang bermain siri ini, pasti tahu siapa yang pernah mengikuti Nomad disepanjang misi, jadi kali ini, pasukanya agak huru hara apabila mereka diserang dan salah seorang telah pun mati. Jadi dengan bermain seorang diri sepanjang permainan tanpa bantuan, memang agak menyukarkan kecuali dalam mod multiplayer.
Tetapi aspek asas permainan menghalang keseronokan yang ada di sana. Chief yang ada ternyata mata mereka agak tajam, senang tahu kita menyorok dikawasan mana. Jadi kalau anda jumpa point chief dalam kelompok musuh yang hadir didalam map, matikanlah mereka dahulu, sebelum lebih ramai pihak musuh datang berkeliaran!
Lagi satu yang kurang seronok, setiap kali mati, Breakpoint akan merespawn kita dikawasan yang agak terabuh. Jadi kadang-kadang terpaksa ulang semula dari kawasan awal termasuklah kena panjat balik bukit bakau yang tinggi!
Perasaan malu yang anda akan rasa adalah mengatasi mekanik asas permainan untuk menyelesaikan misi tidak semuanya buruk. Pelbagai lagi keseronokan sebagai pemain dengan mempunyai mekanik seperti buff, kraf, tukar kelas dan spawn helikopter menyenangkan kita.
Juga tidak terlupa bila dapat membuat camo untuk perlindungan dari musuh nampak. Kami pergi lah ke bahagian berlumut, berdebu atau berpasir sekali pun, kesemuanya ada teknik camo tersendiri mengikut kawasan!
Pelbagai misi yang dipebesarkan termasuk misi sampingan dan misi dari penceritaan, memang membuatkan kita akan terus menerus bermain! Alat-alatan dalam Breakpoint yang dinaik taraf, beserta senjata yang ditambah dan menarik, kesemuanya memuaskan hati. Termasuk juga statistik yang perlu dinaik tarafkan.
Senang cerita, jalan permainan dan idealistik dah menarik, cuma ada beberapa bug yang membuatkan kita agak menyirap kat situ! Tetapi, disebabkan Nomad tidak ada peneman dalam misi kali ini, tetapi dalam versi co-op, rakan-rakan dalam talian banyak membantu untuk menyelesaikan misi! Okay jomberalih ke bahagian co-op;
Gameplay – Mod Co-op
Seperti biasa dalam permainan Ghost Recon, anda boleh dalam mod co-op; bermain dengan rakan dalam talian dan anda akan mendapati jalan permainan akan menjadi lebih mudah dan lebih menyeronokkan dari bermain bersendirian. Anda boleh membuka mod co-op ini di Erewhon, ibarat kawasan tersorok disini yang melindungi orang-orang yang memerlukan pertolongan.
Mod online Breakpoint Ghost War juga sebenarnya tidaklah buruk. PvP kan, kita cuma kena pandai menyusun strategi kemenangan. Mod co-op memang memudahkan perjalanan permainan, sama-sama bergerak untuk menyelesaikan misi, masing-masing dengan kelebihan tersendiri, dan paling menarik bila boleh menghidupkan terus rakan yang telah mati.
Tetapi kelemahan hampir serupa seperti misi solo. Masih lagging dan bug. Ketika matchmaking pun permainan terkeluar sendiri selama beberapa kali. Okay jom sasikan tangkapan skrin selebihnya untuk mod ini;
Grafik dan selebihnya
Tidak dinafikan, grafik dalam Ghost Recon Breakpoint makin maju! Iya, yang ini harus kami puji kerana setiap perincian makin mendalam dan nampak agak realistik. Dengan gaya kepenatan Nomad, cara sliding ketika jatuh bukit, efek kerosakan kereta semua itu boleh dipuji kerana makin nampak realistik. Dari segi peta, terlalu banyak kawasan hutan dan membuatkan sedikit kebosanan. Tapi disebabkan jalan permainan panjang, tiada masalah pun mengenai itu.
Sama seperti yang lalu, kita ada beberapa tetapan dimana kita boleh melihat segala barangan, senjata, statistik, yang boleh dinaik taraf, tukar skin, atau memilih yang terbaik untuk peperangan. Terdapat juga Objective Board untuk anda mengemaskini misi anda. Juga tidak terlupa antara pilihan skil yang terbaik untuk kita pilih antaranya adalah Field Medic, Assault, Panther dan Shapshooter. Dari keempat inilah yang memberi peranan kita dalam mod co-op. Okay saksikan selebih tangkapan skrin disini;
Kesimpulanya
Nak cerita banyak, haruslah bermain lama lagi permainan ini, tapi ini perkongsian permainan beberapa jam kami. Kalau nak tunggu habis permainan lama sangat pula kan. Senang cerita, kami berpuas hati dengan jalan permainan dan grafik permainan, tetapi bukan dengan sistem permainan yang kerap bermasalah. Ibarat Breakpoint terlalu memikirkan kuantiti dari kualiti permainan. Harap selepas ini, pihak Ubisoft dapat menyelesaikan masalah bug, lagging dan segala aduan pemain. Ramai peminat tegar Ghost Recon agak tidak berpuas hati, jadi semoga permainan ini dapat meneruskan memberi kualiti yang terbaik.
@gamersantaimy
The Review
Tom Clancy's Ghost Recon Breakpoint
Jalan penceritaan, grafik dan misi yang menarik. Tetapi terlalu banyak yang harus diperbaiki Ubisoft terutama dari segi isu bug dan lagging
Discussion about this post