Pelanggan Google Stadia kini boleh menantikan lebih banyak game baru untuk ditambah ke dalam katalog permainan. YAHOO! Nak tahu apa yang lagi menarik? Terdapat beberapa game yang sudahpun tersedia untuk bermain sekarang! Senarai game baru ini telah disahkan semasa siaran langsung Stadia Connect terbaru oleh Google. Ini adalah acara jenis “direct-to-consumer” di mana pasukan Stadia mendedahkan senarai game akan datang ke platform mereka. Walaupun terdapat beberapa bocoran maklumat di atas talian, kebanyakannya adalah berita baru kepada pengguna Stadia.
Beberapa game yang dikongsi semasa Stadia Connect mungkin pernah dicuba oleh pemain kerana ia sangat terkenal di pelantar berbeza seperti PS4 atau PC. Game daripada Electronic Arts adalah salah satu contoh terbaik yang ramai orang pernah bermain di pelantar berbeza. Selain itu, ada juga penambahan ekslusif yang akan keluar dahulu di aplikasi Google Stadia.
Di bawah, saya menyediakan senarai lengkap semua game yang diumumkan semasa Stadia Connect. Jom kita lihat!









Discussion about this post