Bab terbaru Jujutsu Kaisen memberikan kejutan yang besar kepada peminat apabila watak kegemaran ramai, Gojo Satoru telah bangkit semula daripada mati untuk bertarung dengan Sukuna. Bagaimanapun, kepulangan Gojo bukanlah seperti yang diharapkan oleh peminat.
Can it be…?! Sukuna locks eyes with a monstrous ghost!
Read Jujutsu Kaisen, Ch. 261 in Shonen Jump for free! https://t.co/1rjpRbVwFx pic.twitter.com/WF6rLVXm3Y— Shonen Jump (@shonenjump) May 26, 2024
Walaupun kita boleh melihat badan Gojo, yang bertanggungjawab ke atas badan itu (atau mayat) tidak lain dan tidak bukan adalah Yuta Okkotsu. Ini adalah satu kejutan yang tidak dapat diramalkan oleh peminat siri ini, dan menunjukkan betapa gilanya rancangan Gege Akutami.
AMARAN! SPOILER UNTUK JUJUTSU KAISEN BAB 261!!
Bersambung daripada bab sebelum, Sukuna cuba untuk membuka Domain Expansion, tetapi tiba-tiba terhenti apabila mengesan seseorang di asap berdekatan. Serta-merta, dia terkejut apabila melihat Satoru Gojo berjalan melalui asap, sedangkan Sukuna yakin dia sudah membunuh lelaki itu.
Tetapi selepas melihat jahitan di dahinya, Sukuna menyedari apa yang telah berlaku. Dia terus menumbuk Yuji Itadori ke tepi, lalu memuji Yuta Okkotsu kerana sanggup melakukan perkara yang terlarang demi mengalahkannya.
Adegan berubah ke flashback.
Secara ringkas, Yuta, menggunakan Cursed Technique miliknya, yang kita tahu sebagai Copy (boleh meniru teknik orang lain dan menggunakannya), untuk mendapat akses kepada Cursed Technique milik Kenjaku. Dengan itu, dia dapat bertukar badan dan mengawal mayat Gojo.
Walaupun Yuta di ambang mati selepas terkena serangan Sukuna, dia masih dapat bertahan lebih lama daripada manusia biasa kerana bantuan Curse Spirit Rika – lalu di bawa ke Shoko Ieiri. Sebelum mati dalam tubuhnya sendiri, Yuta mengaktifkan Cursed Technique Kenjaku dan dipindahkan ke mayat Gojo.
Selepas itu, dia menggunakan Reverse Cursed Technique pada output maksimum untuk menyembuhkan badan Gojo sepenuhnya, sehingga mendapatkan akses penuh kepadanya.
Tetapi Yuta hanya mampu bertahan dalam badan Gojo selama 5 minit. Selepas 5 minit tamat, apa-apa boleh berlaku kepada Yuta. Memandangkan badannya sendiri pun sudah mati, kemungkinan besar selepas 5 minit, Yuta akan mati begitu saja.
Satu lagi kemungkinan lain ialah Yuta akan mati secara perlahan-lahan dalam badan Gojo, atau kemungkinan ketiga ialah dia dapat hidup dalam badan Gojo selama-lamanya dan hidup sebagai Jujutsu Sorcerer moden paling kuat.
Kembali ke masa kini, Yuta (dalam badan Gojo) dan Sukuna mengaktifkan Doman Expansion masing-masing serentak, di mana Yuta melancarkan Unlimited Void untuk melawan Malevolent Shrine.
Apa yang akan terjadi dalam bab seterusnya Jujutsu Kaisen – Rematch antara Gojo dan Sukuna bermula!
@gamersantaimy
Discussion about this post