Bakal dikeluarkan pada 3 November di Jepun, filem Godzilla Minus One baru sahaja mengeluarkan trailer baru yang menunjukkan watak utamanya mengganas di dunia sebenar. Sebagai filem live-action terbaru dalam francais sejak tayangan Shin Godzilla pada tahun 2016, ramai yang tidak sabar untuk melihat kebangkitan raksasa ikonik ini. Malangnya, Godzilla Minus One masih belum mendapat tarikh tayangan rasmi di Malaysia.
Anda boleh tonton dahulu trailer Godzilla Minus One terbaru di bawah:
Secara ringkas, Godzilla Minus One merupakan filem Jepun kaiju yang diarahkan, ditulis dan menampilkan kesan visual oleh Takashi Yamazaki. Dihasilkan oleh Toho Studios dan Robot dan diedarkan oleh Toho Co., Ltd., ia merupakan filem ke-37 dalam francais Godzilla , filem Godzilla yang ke-33 oleh Toho dan filem kelima dalam zaman Reiwa francais itu.
Barisan pelakon yang disahkan termasuk:
- Ryunosuke Kamiki sebagai Koichi Shikishima
- Minami Hamabe sebagai Noriko Oishi
- Yuki Yamada sebagai Shiro Mizushima
- Munetaka Aoki sebagai Sosaku Tachibana
- Hidetaka Yoshioka sebagai Kenji Noda
- Sakura Ando sebagai Sumiko Ota
- Kuranosuke Sasaki sebagai Yoji Akitsu
Malangnya, pengaruh dan kaitan watak dalam jalan cerita tidak dijelaskan. Bukan itu sahaja, trailer Godzilla Minus One di atas juga tidak mendedahkan banyak butiran tentang jalan cerita, tetapi menurut sinopsis rasmi (yang sangat-sangat pendek), Jepun mesti menangani kemunculan Godzilla selepas Perang Dunia ke-2:
“Selepas Perang Dunia ke-2, keadaan ekonomi Jepun telah berkurangan kepada sifar. Godzilla muncul dan menjerumuskan negara ke dalam keadaan negatif.” – Sinopsis rasmi
Walaupun begitu, Yamazaki telah menjelaskan pandangan dan visinya untuk filem itu dan berkata:
“Jepun selepas perang telah kehilangan segala-galanya. Filem ini menggambarkan situasi yang menunjukkan keputusasaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”
“Godzilla Minus One dicipta dengan pemikiran ini. Untuk menggambarkan perkara ini, kakitangan dan saya telah bekerjasama untuk mencipta suasana di mana Godzilla kelihatan jika “ketakutan” sendiri berjalan ke arah kita, dan di mana keputusasaan bertimbun.””
“Saya rasa ini adalah kemuncak semua filem yang saya buat setakat ini, dan filem yang patut “dialami” dan bukannya “ditonton” dalam teater. Saya harap anda akan mengalami Godzilla yang paling menakutkan dalam persekitaran yang terbaik.”
Untuk membaca segala berita kami tentang francais Godzilla, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post