Sony Interactive Entertainment bersama Santa Monica Studio secara rasmi mengumumkan bahawa God of War Laufey akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 pada 16 Februari 2027.
God of War Laufey mengalihkan tumpuan daripada Kratos, di mana pemain akan mengawal Laufey (Faye); pahlawan Giant legenda, isteri kepada Kratos, dan ibu kepada Atreus.
Kisah game ini bermula selepas peristiwa reboot 2018, iaitu selepas Kratos dan Atreus membakar mayat Faye. Namun daripada bersemadi dengan tenang, Faye terjaga di “Everywhen”… sebuah alam afterlife dan tempat berhimpunnya dewa-dewa daripada pelbagai mitologi.
Faye kemudian sedar bahawa perlindungan sihir yang ditinggalkannya sebelum meninggal dunia demi keselamatan Kratos dan Atreus semakin terancam. Bagi melindungi keluarganya dari jauh, Faye perlu menentang dewa-dewa kejam yang saling berebut kuasa di alam penuh berbahaya itu.
Selain tarikh pelancaran, Cory Barlog selaku Ketua Kreatif Santa Monica Studio turut berkongsi bahawa game utama God of War seterusnya yang menampilkan Kratos sedang dalam perancangan dan jalan ceritanya akan bersambung terus daripada pengembaraan Faye.
Bagi peminat yang bimbang kisah Faye sekadar cerita sampingan (filler), Barlog memberi pencerahan.
“Laufey bukannya lencongan daripada siri utama, sebaliknya ialah sebuah jambatan penghubung,” jelas Barlog. “Semua yang kami hasilkan dalam game Faye ini adalah kesinambungan daripada kisah lalu, lantas menjadi tiang asas untuk mengembangkan jalan cerita judul seterusnya.”









Discussion about this post