Bandai Namco baru sahaja mengumumkan yang game God Eater 3 akan hadir ke Nintendo Switch. Game tersebut akan dikeluarkan pada 12 Julai tahun ini. Ia juga mempunyai pre-order bonus untuk Switch iaitu, kostum Yuri dan Estelle dari Tales of Vesperia: Definitive Edition.
God Eater 3 sudah pun dikeluarkan di Amerika dan Eropah pada 8 Februari yang lalu di platform PS4 dan PC. Sekarang, pemain boleh berlawan dengan Ash Aragami apabila game itu tiba untuk versi Nintendo Switch. Terdapat juga co-op multiplayer sehingga 8 orang pemain dalam talian.
God Eater 3 versi Nintendo Switch ini akan datang pada 12 Julai 2019, jadi korang boleh buat pre-order sekarang! Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman web Bandai Namco!
Sumber: Bandai Namco
@gamersantaimy
Discussion about this post