Ingat lagi tidak, PKP lalu, EA dengan baik hatinya memberi game PERCUMA iaitu FIFA 20. Tetapi kali ini, bukan game bola, sebaliknya dengan kerjasama EA, sekali lagi mereka ingin memberikan game terbaru mereka yang baru sahaja dilancarkan 2 Oktober 2020 lalu iaitu Star Wars: Squadrons!
Di dalam Star Wars: Squadrons, pemain akan mengawal kapal angkasa dari Galactic Empire dan New Republic. Di kapal-kapal ini, mereka dapat memanfaatkan pergerakan kekuatan antara fungsi persenjataan, perisai dan mesin kapal untuk mengalahkan lawan mereka dalam pertempuran. Kapal dari Galactic Empire tidak mempunyai perisai, yang mengakibatkan penambahan kelas lain dalam usaha memberi peluang kepada pemain dari kedua pasukan. Apabila pemain memperoleh lebih banyak XP, pemain akan dapat unlock senjata baru, perisai, peningkatan dan pelbagai barang kosmetik untuk juruterbang dan kapal mereka. Permainan ini dimainkan sepenuhnya dari perspektif orang pertama. Pemain dapat memeriksa status, perisai dan kekuatan kapal dengan melihat instrumen di kokpit kapal.
Jadi, untuk anda menikmati sendiri menjadi pilot dalam permainan ini, hanya DUA ORANG PEMENANG BERTUAH sahaja yang akan terpilih untuk mendapat salinan permainan ini! Satu salinan merupakan kod di PC dan satu lagi di PlayStation 4! Ya, dua pemenang ini akan dipilih jika mengikuti segala langkah yang tersedia di bawah serta menjawab soalan yang diberikan untuk menjadi di antara yang bertuah ini!
Apa lagi yang anda nantikan? Jom ikuti segala langkah dibawah ini;
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai.
Langkah 2: Korang kena “Join” Group Semuanya Gaming di Facebook
Langkah 3: Like/Love/Wow Post mengenai Artikel ini di Facebook kami dan Kongsi Artikel ini dengan #EAStarWarsSquadronsxGamerSantai
Langkah 4: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Apa yang anda akan dapat “unlock” selepas mengumpul XP?
- Nyatakan sebab kenapa anda inginkan permainan ini sekreatif-kreatifnya.
- Nyatakan Platform permainan pilihan korang (PC atau PS4).
- Tag 3 rakan anda dan Letak #EAStarWarsSquadronsxGamerSantai di bawah;
Kemudian pemenang bertuah akan kami hubungi melalui Facebook Messenger!
- Perserta haruslah warganegara Malaysia;
- Peserta haruslah 18 tahun keatas sahaja!
- Giveaway akan bermula pada 6 Oktober 2020;
- Giveaway akan berakhir 12 Oktober 2020 jam 11.59pm;
- Pemenang akan diumumkan pada 13 Oktober 2020;
Semoga bertuah kalini ye semua! Jangan lupa share post ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post