Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Girls’ Frontline 2: Exilium Mengajak Anda Sertai Ujian Beta Tertutup!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2024
in Android, Artikel, Berita, Beta, Gacha, iOS, Mobile, Taktikal
0 0
0
Girls’ Frontline 2: Exilium Mengajak Anda Sertai Ujian Beta Tertutup!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita menarik untuk peminat Girls’ Frontline 2: Exilium kerana pendaftaran Ujian Beta Tertutup yang ditunggu-tunggu telah dibuka secara rasmi!

Commanders, we have kept you waiting!
We would like to sincerely invite you to apply for GIRLS’ FRONTLINE 2: EXILIUM Closed Beta Test. Please refer to the following pictures for more info about the test.

Complete the recruitment questionnaire for a chance to win Test… pic.twitter.com/cJKdKAu2Zj

— GIRLS’ FRONTLINE 2: EXILIUM-EN Official (@GFL2EXILIUM_EN) October 24, 2024

Pembangun Sunborn membuka peluang kepada pemain yang tidak sabar untuk merasai pengalaman terhad ini di Android dan PC (Windows). Berikut adalah segala yang perlu anda tahu tentang cara untuk menyertai, butiran ujian, dan spesifikasi peranti yang disyorkan.

Butiran Ujian

Kredit: Sunborn
  • Tempoh pendaftaran: 24 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024
  • Tempoh Ujian: 10 November 2024 – 19 November 2024

Beta tertutup Girls’ Frontline 2: Exilium akan tersedia untuk tempoh terhad, memberi peluang kepada penguji untuk mencuba kandungan game yang akan datang. Namun, semua data akan dipadam selepas tempoh ujian, jadi tiada kemajuan yang akan dibawa ke versi akhir permainan.

Cara untuk Menyertai

Kredit: Sunborn
  1. Isi Soal Selidik: Peserta yang berminat perlu melengkapkan soal selidik untuk mendapatkan peluang dipilih sebagai penguji beta. Anda perlu mendaftar dengan e-mel yang dihubungkan dengan akaun Sunborn, dan pastikan e-mel tersebut dapat menerima notifikasi.
  2. Jemputan Rasmi: Peserta yang terpilih akan menerima jemputan melalui e-mel pada 9 November 2024. Pastikan anda menyemak peti masuk e-mel yang telah anda berikan dalam soal selidik.
  3. Imbas Kod QR: Anda juga boleh menyertai dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam pengumuman rekrutmen, menjadikan proses ini lebih mudah dan cepat.

Daftar di SINI.

Spesifikasi Peranti yang Disyorkan

Android:

  • CPU: Qualcomm Snapdragon 765, Kirin 820, Dimensity 700 atau lebih baik
  • Memori: 4 GB ke atas
  • Storan: 18 GB ke atas
  • OS: Android 7.0 atau lebih tinggi

PC:

  • OS: Windows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, atau Windows 10 64-bit
  • CPU: Intel Core i5 atau lebih baik
  • RAM: 8 GB ke atas
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 750 atau Radeon HD 7790 atau lebih baik
  • DirectX Version: 11

Tentang Game Ini

Dibangunkan oleh Sunborn, game mobile dan PC ini membawa pemain ke dalam dunia yang penuh aksi di mana mereka memimpin android canggih yang dikenali sebagai Tactical Dolls. Tidak seperti game gacha lain, Girls’ Frontline 2: Exilium digambarkan sebagai “XCOM-lite”, game ini sangat strategik, menggunakan sistem taktikal berasaskan giliran pada peta berasaskan grid. Pemain perlu mempertimbangkan elemen taktikal penting seperti ketinggian, perlindungan, dan garis penglihatan untuk mengatasi lawan dan mencapai kemenangan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca artikel lama kami di SINI.

Tags: BETAGirls' Frontline 2: Exilium
ShareTweetSend
Previous Post

[PROMOSI] Beli Produk MSI, Dapatkan Diablo IV: Vessel of Hatred Secara Percuma!

Next Post

Epic Games Store Beri Ghostwire: Tokyo Secara Percuma Bermula 31 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Epic Games Store Beri Ghostwire: Tokyo Secara Percuma Bermula 31 Oktober!

Epic Games Store Beri Ghostwire: Tokyo Secara Percuma Bermula 31 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd