Semasa gamescom Opening Night Live, Sucker Punch Productions telah mendedahkan Ghost of Yōtei Legends, sebuah mod cooperative multiplayer untuk game akan datang yang sangat dinanti-nantikan, Ghost of Yōtei.
Mod baharu ini akan membuat pelancaran pada tahun 2026 dan akan tersedia sebagai DLC percuma untuk semua pemilik game utama.
Mengikuti jejak langkah game sebelumnya, Ghost of Tsushima Legends, pengalaman multiplayer baharu ini akan membawa pemain ke dunia fantasi yang supernatural, yang amat berbeza dengan latar dunia yang lebih realistik dalam kempen single-player.

Ghost of Yōtei Legends akan menawarkan dua cara permainan yang berbeza: misi penceritaan untuk dua pemain dan perlawanan survival untuk empat pemain. Dalam mod ini, pemain akan memilih salah satu daripada empat kelas watak yang unik untuk menentang pelbagai musuh baharu dari alam lain.
Antagonis utama yang didedahkan ialah versi syaitan gergasi “Yōtei Six,” yang akan diiringi oleh pelbagai jenis musuh baharu. Untuk memberi gambaran awal tentang ancaman ini, pihak studio turut mengeluarkan beberapa seni konsep yang memaparkan musuh-musuh yang bakal dihadapi pemain.

Walaupun DLC Legends ini masih lambat lagi untuk dilancarkan, ia akan diedarkan sebagai update ‘patch’ percuma untuk semua pemilik Ghost of Yōtei. Walau bagaimanapun, sambungan internet, akaun PlayStation Network, dan langganan PlayStation Plus diperlukan untuk mengakses ciri online multiplayer.

Peminat yang tidak sabar menantikan pengembaraan utama tidak perlu menunggu lama. Game utama, Ghost of Yōtei, bakal dilancarkan dalam masa enam minggu sahaja lagi untuk konsol PlayStation 5 pada 2 Oktober.









Discussion about this post