Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Version 5.5 Akan Tiba 26 Mac, Membawa Varesa & Iansan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Genshin Impact Version 5.5 Akan Tiba 26 Mac, Membawa Varesa & Iansan!
Share on FacebookShare on Twitter

Update Genshin Impact versi 5.5, bertajuk “Day of the Flame’s Return,” akan dilancarkan pada 26 Mac, seperti yang diumumkan oleh pembangun HoYoverse. Versi ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang menarik, termasuk peta baru, watak baharu, acara bermusim, dan penambahbaikan dalam game.

Sorotan utama dalam update ini ialah pengenalan The Great Volcano of Tollan, sebuah peta luas dan berlapis-lapis yang membawa pemain jauh ke dalam gunung berapi. Dianggap sebagai gunung suci, kawasan ini menyembunyikan sebuah kota yang dibina oleh Dragonborn, yang telah lama tidur di bawah permukaannya.

Pemain berpeluang meneroka rahsia Sacred City of Tollan melalui kaedah khas dan menyelidiki misteri “Flamelord’s Blessing” serta kewujudan makhluk enigma yang dikenali sebagai Little One.

Kredit: HoYoverse

Sebuah puak baharu, Collective of Plenty, juga akan diperkenalkan. Puak ini terkenal dengan gaya hidup yang menitikberatkan kecergasan fizikal serta kecintaan mereka terhadap pertandingan persahabatan. Tanah mereka yang subur dengan abu gunung berapi menghasilkan buah-buahan yang luar biasa manis dan berjus. Namun, kawasan ini juga penuh risiko, kerana gunung berapi boleh meletus secara tiba-tiba dan menyebabkan hujan batu.

Pemain akan berpeluang menggunakan Saurian baharu, Tatankasaurus, yang berasal dari Collective of Plenty. Makhluk ini mempunyai keupayaan untuk memecahkan batu besar yang dikenali sebagai Pulverite serta mampu berlari seketika di atas air atau cecair Phlogiston.

Dua watak baharu turut menyertai barisan watak. Varesa, pengguna Electro Catalyst bertaraf 5-star, amat handal dalam serangan Plunging dan boleh mengaktifkan status yang dikenali sebagai Fiery Passion.

Dalam keadaan ini, dia memberikan lebih banyak Electro DMG dan boleh mengakses Elemental Burst khas dengan kos tenaga yang lebih rendah. Di luar pertarungan, kebolehannya membantu memulihkan Phlogiston apabila pasukan makan.

Menemani Varesa ialah Iansan, pengguna Electro Polearm bertaraf 4-star serta salah seorang daripada enam “heroes of Natlan.” Dia memainkan peranan sokongan dengan meningkatkan serangan rakan sepasukan serta memberikan penyembuhan.

Elemental Burst miliknya meningkatkan serangan watak aktif walaupun dia tidak berada di medan pertempuran, dan kesan buffnya bertambah kuat apabila sekutunya bergerak. Selain itu, Iansan boleh mengaktifkan kesan Warming Up, yang memberikan pemulihan berterusan kepada watak aktif.

Fasa pertama Event Wishes akan menampilkan Varesa dan Iansan bersama dengan rerun Xianyun, diikuti oleh rerun Xilonen dan Venti dalam fasa kedua.

Acara bermusim baharu, “Tournament of Glory in Bloom,” turut hadir dalam update ini. Pertandingan ini menyatukan Ifa dan watak Natlan yang boleh dimainkan untuk menghidupkan kembali tradisi kuno Natlan. Pemain akan mengambil bahagian dalam Bloomflower Trials bersama Mavuika dan Ifa, sambil berusaha menyelamatkan seekor Saurian yang menghidap penyakit misteri.

Sementara itu, dalam mini-game “Saurian Treasure Seeker,” pemain akan membantu anak-anak Saurian mengatasi rintangan dan mengumpul harta karun berkilauan. Dengan menyertai acara ini, pemain berpeluang mendapatkan Ororon secara percuma.

Kredit: HoYoverse

Beberapa penambahbaikan sistem juga akan diperkenalkan dalam Genshin Impact 5.5. Bos baharu, Lava Dragon Statue, menanti cabaran dalam rekahan gunung berapi. Selain itu, sistem boss tracking dan pengalaman “Artifact leveling” akan dipertingkatkan.

Artifak yang dinaik taraf menggunakan Sanctifying Elixirs kini dijamin memperoleh sekurang-kurangnya dua upgrade kepada Minor Affixes mereka.

Berminat? Genshin Impact kini boleh dimainkan di PS5, PS4, PC melalui klien rasmi dan Epic Games Store, serta peranti iOS dan Android. Maklumat lanjut di laman web rasmi.

Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Formula Baru Melangkau Tradisi!

Next Post

CS:Legacy – Fan Remake kepada Counter-Strike 1.6 dalam Pembikinan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
CS:Legacy – Fan Remake kepada Counter-Strike 1.6 dalam Pembikinan!

CS:Legacy – Fan Remake kepada Counter-Strike 1.6 dalam Pembikinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd