Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact: Segala benda yang anda perlu tahu tentang Sumeru dan versi 3.0!

Maira by Maira
August 15, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Genshin Impact: Segala benda yang anda perlu tahu tentang Sumeru dan versi 3.0!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Genshin Impact 3.0 pada 24 Ogos nanti, mesti ada antara anda yang tertanya-tanya tentang kandungan game baru yang akan dikeluarkan nanti. Dalam 3.0 jugalah terbukanya satu lagi region terbaru, Sumeru dan elemen Dendro yang selama ini tidak tersedia untuk pemain Genshin Impact juga akan boleh dimainkan nanti.

Sumeru – Bandar Ilmu

Sumeru yang terletak di sebelah barat Liyue akan mempunyai dua bahagian iaitu hutan hujan dan gurun. Jadi pemain boleh meneroka dua sisi Sumeru yang berbeza serta melawat Sumeru City dan Port Ormos yang merupakan tempat penting untuk wilayah tersebut.

Ia juga mempunyai institut berprestij yang dipanggil Akademiya. Institut itu tleah ditubuhkan oleh Archon Dendro, Lor Rukkhadevata. Apabila Kusanali diangkat sebagai penggantu Dendro Archon yang baru, Akademiya telah menjadi badan pentadbir negeri. Kini, ilmu pengetahuan menjadi sesuatu yang diurus dengan ketat.

Hutan hujan Sumeru juga dipenuhi pelbagai tunbuhan dan mahkluk yang mempunyai ciri-ciri Dendro dan mempunyai transformasi polymorphic apabila bertemu elemen Hydro, Pyro dan Electro.

Shroom-Kin telah berkembang menjadi spesies khas yang dipanggil Fungi, untuk melindungi kawasan mereka. Musuh bos baru, Jadeplume Terrorshroom adalah sejenis Fungi yang agak teritorial dan agresif. Satu lagi musuh Boss baharu ialah Electro Regisvine, turut menanti anda di hutan itu.

Elemen Dendro

Dengan elemen baru ini boleh dimainkan, terdapat beberapa reaction yang boleh diaktifkan iaitu Burning, Bloom dan Catalyze. Dalam pertempuran, Bloom dan Catalyze boleh berkembang dengan lebih besar. Apabila Dendro bertemu Hydro, Bloom akan spawn core Dendro, yang akan menghasilkan satu atau lebih core Dendro yang anakan menangani damage Dendro yang tertunda.

Apabila core itu berjumpa Pyro atau Electro sebelum ia meletup, ia boleh menghasilkan Burgeon reaction dan meningkatkan damage AoE Dendro atau berlakunya Hyperbloom, di mana core Dendro itu boleh menjejaki musuh terdekat.

Apabila Dendro bertemu Electro pula, efek Quicken akan diberikan kepada musuh dan mereka boleh mendapat damage yang lebih tinggi daripada serangan Dendro atau Electro seterusnya dengan mencetuskan reaction Spread atau Aggravate.

Watak-watak Sumeru

Seperti biasa, Traveller boleh menggunakan elemen Dendro dengan menukarnya di Statue of The Seven di Sumeru. Dalam banner watak akan datang, terdapat tiga watak Dendro yang anda boleh dapatkan iaitu Tighnari, Colleil dan Dori.

Tetapi untuk banner pertama, hanya Tighnari dan Colleil sahaja watak Sumeru yang tersedia manakala Zhongli pula kembali sebagai watak rerun. Kalau anda ingin dapatkan Dori pula, dia akan hadir dalam banner watak bersama-sama Ganyu dan Sangonomiya Kokomi. Anda boleh menonton trailer rasmi untuk Genshin Impact 3.0, untuk lihat lebih lanjut tentang Sumeru dan watak-wataknya.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact 3.0Sumeru
Previous Post

Les’ Copaque dedahkan teaser baru bagi filem Dongeng Sang Kancil

Next Post

Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan lancar 2 November ini di PS5, Switch dan Steam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan lancar 2 November ini di PS5, Switch dan Steam!

Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan lancar 2 November ini di PS5, Switch dan Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd