Seperti yang diumumkan sebelum ini, Genshin Impact sedang menjalankan acara offline “Dodoco Wish Machine” di Malaysia bermula hari ini! Ianya akan berlangsung sehingga 8 Januari 2023 di Sunway Velocity Mall. Sudah tentu kami juga berkesempatan untuk ke sana. Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami sertai acara ini.
Lokasi Dodoco Wish Machine terletak di tingkat pertama berdekatan dengan kedai H&M (berdekatan pintu masuk laluan ke MRT Cochrane). Mula-mula sampai, kami tercari-cari juga mesin tersebut, nasib baiklah ia berwarna merah. Senang jugalah nampak dari jauh.
Terdapat beberapa dekorasi yang bertemakan Genshin Impact diletakkan selain daripada wish machine. Antaranya ialah billboard besar dengan gambar Klee berlatarkan Monstadt. Selain itu, ada juga standee watak Klee dan Albedo untuk anda bergambar. Bertemakan warna merah Klee, terdapat bangku kayu dan meja dengan reka bentuk Klee di booth acara. Paling penting sekali, kita ada Dodoco Wish Machine, tumpuan utama acara.
Terdapat aktiviti menarik yang anda boleh sertai dan caranya senang sahaja. Anda cuma perlu tangkap gambar di acara tersebut, post di media sosial bersama hashtag #WishfromTeyvat. Selepas itu, tunjukkan dekat krew acara tersebut, barulah anda boleh masuk ke Wish Machine.
Masuk sahaja dalam mesin itu, terdapat enam watak yang tersedia: Nahida, Venti, Raiden Shogun, Zhongli, Klee dan Albedo. Pilih watak yang anda inginkan pada mesin, dan anda akan dapat satu poskad watak daripada mesin tersebut. Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik. Kalau anda pilih watak yang “betul”, ada peluang untuk anda masuk cabutan bertuah dan menangi hadiah menarik.
Kalau anda jawab survey yang diberikan oleh staf, anda boleh mendapatkan stiker percuma! Boleh tahan comel juga stikernya.
Anda yang juga inginkan barang-barang Genshin Impact yang kami tunjukkan, kenalah sertai acara “Dodoco Wish Machine” hujung minggu ini! Livestream Genshin Impact untuk versi 3.4 juga akan diadakan pada hari ini pada jam 8 malam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post