Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact 3.1 — Gurun Gersang Menanti! Ganjaran 2nd Anniversary Didedahkan!

Maira by Maira
September 17, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact 3.1 — Gurun Gersang Menanti! Ganjaran 2nd Anniversary Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Livestream Genshin Impact baru-baru ini telah mendedahkan pelbagai perkara mengenai versi 3.1! Kawasan gurun yang dinanti-nantikan akhirnya dapat juga diteroka tidak lama lagi. Bukan setakat itu sahaja, ulang tahun kedua game juga akan berlangsung pada 28 September ini bersama versi 3.1. Ingin tahu apa lagi yang menanti anda dalam Genshin Impact 3.1? Jom kami ceritakan secara ringkas kepada Traveler semua!

Ringkasan Genshin Impact 3.1

Seperti biasa kemas kini versi baru untuk Genshin akan membawa pelbagai penceritaan baharu bersama beberapa watak baru untuk dimainkan. Untuk 3.1 pula, ia akan membawa anda ke kawasan baru untuk diterokai di Sumeru.

Banner watak baru

  • Candace
  • Cyno
  • Nilou

Kawasan baru

Padang pasir Sumeru kelihatan suram dan tandus. Di tengah-tengah padang pasir terletaknya Makam Raja Deshret yang besar. Walaupun Raja Deshret dan tamadun purbanya telah musnah, lagenda dan teknologinya masih diceritakan oleh Desertfolk serta mekanisme dan robot yang menjaga tempat berehatnya.

Terdapat sejumlah besar dungeon di mana penceroboh akan dicabar dengan puzzle, mekanik dan robot yang dikuasakan oleh teknologi purba King Deshret. Algorithm of Semi-Intransient Matrix of Overseer Network adalah yang paling berbahaya antara semua, dengan keupayaan untuk hilang semasa pertempuran. Satu lagi Boss Enemy baharu, Aeonblight Drake merupakan raksasa mekanik berkuasa yang boleh ditemui di hutan hujan.

Kawasan padang pasir mendedahkan pelbagai bentuk muka bumi dan makhluk hidup yang menakjubkan. Bukit pasir, grand canyon dan oasis berada di tengah-tengah keadaan gersang yang teruk, dan makhluk seperti Sumpter Beast, Desert Fox, Quicksand Unagi, Red Vulture, Scorpion dan Scarab semuanya memanggil kawasan ini sebagai rumah. Sementara itu, Aaru Village adalah penempatan terbesar dan kubu untuk Desertfolk. Kampung ini juga telah menerima ramai cendekiawan yang dibuang daripada Akademiya, dan ia telah menjadi tempat di mana orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kecerdasan berkumpul.

Quest dan Acara

  • Archon Quest Sumeru
    • Terokai landskap padang pasir sambil dua Fatui Harbingers, Il Dotore dan Scaramouche merancang sesuatu di negara tersebut.
  • Weinlesefest
    • Terdapat 4 game mini berbeza semasa acara seperti Charity and Creativity game, yang memerlukan pemain uruskan kedai sendiri! Anda akan memperolehi Festive Fever untuk ditukar dengan ganjaran lain seperti senjata, Missive Windspear.
  • Wind Chaser
    • Gunakan taktik dan cara anda bergerak dengan arus angin dalam domain khas.
  • Star-Seeker’s Sojourn
    • Penuhi hasrat seorang gadis untuk mencari Future Stars

Ganjaran ulang tahun ke-2

Memandangkan Versi 3.1 ini akan berlangsung pada hari pertama Genshin Impact dilancarkan, pemain yang log masuk pada hari tersebut akan mendapat beberapa ganjaran khas sempena ulang tahun kedua game tersebut. Jadi Traveler yang ingin dapatkan primo lebih untuk pull watak Genshin, jangan lupa untuk log masuk setiap hari pada minggu tersebut. Berikut adalah antara ganjaran yang tersedia untuk semua pemain:

  • 10 Intertwined Fate
  • 1600 Primogem
  • 4 Fragile Resin
  • Gajet
    • Jumpy Dumpty Party Popper
    • Cloud Retainer’s Damasked Device

Kemas kini terbaru ini akan tiba pada 28 September ini! Pre-load untuk kemas kini selalunya tersedia lebih awal sebelum pelancaran rasmi game. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact 3.1
Previous Post

BoBoiBoy kuasa 3! Bakal muncul dalam PUBG Mobile pada Oktober 2022!

Next Post

Sonic Frontiers Interview — Membawa Nafas Baru Untuk Dunia Sonic Serta Pengenalan Open Zone!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Sonic Frontiers Interview — Membawa Nafas Baru Untuk Dunia Sonic Serta Pengenalan Open Zone!

Sonic Frontiers Interview -- Membawa Nafas Baru Untuk Dunia Sonic Serta Pengenalan Open Zone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd