Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

Maira by Maira
May 21, 2022
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game, iOS, Konsol, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Hoyoverse akhirnya mengumumkan bahawa Genshin Impact versi 2.7 ‘Hidden Dreams In The Depths’ kini akan dikeluarkan pada 31 Mei dan berjalan sehingga 13 Julai. Serenitea Pot juga akan tersedia sekali lagi apabila kami update ke Version 2.7. Banner pertama pula akan akan memperkenalkan 5-star bow user Yelan, bersama Xiao. 4-star Kuki pula akan tersedia bersama banner rerun Arataki Itto.

Trailer untuk versi 2.7 mempunyai kaitan dengan Chasm dan menunjukkan sekilas pandang untuk watak baru Yelan dan Kuki, serta beberapa watak yang dikenali dan musuh baru. Banyak cerita baru untuk pemain cuba dan ini terdiri daripada domain challenge , Archon quest baru dan acara-acara lain.

Watak lima bintang baru Yelan adalah seorang ejen yang melaporkan diri kepada Ningguang, serta membantunya dengan misi berbahaya dan mengawasi sesiapa sahaja yang mungkin mengancam Liyue. Dia adalah DPS bow user dengan ketangkasan yang tinggi, mudah melepasi musuh dan menangani damage hydro AoE. Kalau anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yelan, jangan risau kerana terdapat story quest yang anda boleh mainkan.

Kuki Shinobu pula merupakan sebahagian daripada geng Arataki, dan sering membantu Itto dan gengnya daripada masalah. Dia adalah timbalan ketua dan setakat ini adalah yang paling berkebolehan dan boleh dipercayai dalam kumpulan tersebut. Kuki merupakan watak electro yang sangat bagus untuk support. Dengan mengorbankan HP-nya sendiri, dia boleh menyembuhkan watak lain serta menangani damage AoE. Anda akan belajar lebih lanjut tentang dia dan Arataki Gang dalam acara hangoutnya yang bakal dikeluarkan dalam Genshin Impact versi 2.7.

Genshin Impact 2.7

Siri Archon quest juga diteruskan dengan Yelan, Kuki, Itto, dan Xiao, dan berpusat di The Chasm. Lokasi yang dibuka baru-baru ini juga merupakan lokasi untuk acara Perilous Trial yang terdiri daripada beberapa challenge domain dengan peraturan unik, seperti membenarkan beberapa watak tertentu sahaja untuk digunakan. Selain itu, acara A Muddy Bizzare Adventure juga akan berlangsung di The Chasm.

Jika anda suka bermain game rhythm, bolehlah nikmati festival Drumalong yang dianjurkan oleh Arataki Gang. Sistem kalibrasi akan membantu anda selaraskan ketepatan not muzik. Selain itu, anda juga boleh mencipta dan mengongsilan ciptaan lagu sendiri dengan komuniti. Terakhir sekali mengenai Serenitea Pot. Kali ini, terdapat acara di mana anda boleh mencipta robot dan letakkannya di Serenitea Pot masing-masing. Inilah peluang anda untuk cipta robot gempak dan tayang dekat pemain lain!

Genshin Impact 2.7

Seperti biasa, setiap livestream Genshin Impact akan memberikan tiga kod dengan berserta ganjaran masing-masing. Kod ini hanya boleh dituntut sehingga 21 Mei jam 12 pm. Jangan lupa untuk tuntut pula! Berikut adalah kodnya:

  • DTNUKTWCC6D9
  • HSNUKTXCCPWV
  • LANVJSFUD6CM

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact 2.7
Previous Post

NetEase mengumumkan Naraka: Bladepoint Mobile & Hero baru Takeda Nobutada

Next Post

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack - Wajib beli untuk peminat Getter

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd