Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Konsert, Tempatan
0 0
0
Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain HoYo FEST, nampaknya Genshin Impact bakal mengadakan sebuah lagi acara khas untuk para peminat di Malaysia… Memperkenalkan Genshin Concert Tour 2024, yang datang sekali lagi ke negara kita pada tahun ini! Diketuai oleh konduktor Thanapol Setabrahmana, konsert itu akan dipersembahkan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia di Calvary Convention Centre pada 19 Oktober 2024.

Selain gameplay dan wataknya yang unik, muzik original Genshin Impact turut meraih pujian daripada peminat dan para gamer. Seperti yang korang tahu, game ini berlatarkan dunia fantasi Teyvat yang terdiri daripada tujuh negara, masing-masing dengan tema muzik khusus. Tujuan Genshin Concert Tour adalah untuk menyampaikan semua tema itu bagi menyerlahkan lagi sejarah, budaya, dan landskap di kawasan tersebut.

Setlist yang didedahkan termasuk:

  • Mondstadt
    • A Day in Mondstadt / Symphony of Boreal Wind / Whisper of Weinlesefest / … dan banyak lagi.
  • Liyue
    • Liyue / Letter From Ajax / Rex Incognito / … dan banyak lagi.
  • Inazuma
    • Drifter’s Destiny / Soar in the Wind / Marching to Victory / … dan banyak lagi.
  • Sumeru
    • Sorush’s Purity / For Riddles, for Wonders / Chasing Starlight With You / … dan banyak lagi.
  • Fontaine
    • Que le vent soit doux / Lamentation et Triomphe / … dan banyak lagi.

Butiran Acara

Lokasi: Calvary Convention Centre Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh: October 19, 2024 07:00PM (MYT)

Harga Tiket & Bonus Pembelian

Jika berminat, anda boleh menempah tiket mulai 19 Julai 2024 12:00PM. Tiket pula dibahagikan kepada pelbagai jenis, dan terdiri daripada susunan tempat duduk di bawah:

  • Archon (Premium) : RM578
  • Harbingers (Deluxe) : RM478
  • Adeptus (Standard) : RM408
  • Traveler (Basic) : RM338
  • Adventurer (Economy) : RM278
  • Explore (Budget – Pandangan Terhad) : RM228
Kredit: © miHoYo

Tempah Setiap tiket akan memberi satu set Collector’s Genshin Concert Tour 2024, yang boleh ditebus di tempat acara. Set ini merangkumi:

  • Character Transparent Card x1
  • Physical Commemorative Ticket ×1
  • Commemorative Ticket Holder ×1
Kredit: © miHoYo

Jika berminat, jangan tunggu lagi! Anda boleh menempah tiket di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin Concert Tour 2024Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Selangor Red Giants Ialah Juara MSC MLBB 2024 – Sejarah Baru Untuk Malaysia!

Next Post

Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 – Ada Red Hulk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai
Anime

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

July 3, 2025
Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
Next Post
Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 – Ada Red Hulk!

Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 - Ada Red Hulk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd