Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gen Alpha Memilih “Top 5 Anime Kegemaran”, Demon Slayer Nombor 1!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Gen Alpha Memilih “Top 5 Anime Kegemaran”, Demon Slayer Nombor 1!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut sebuah tinjauan, Gen Alpha nampaknya telah memilih Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba sebagai siri anime/manga kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, tinjauan ini turut mendedahkan empat lagi anime popular lain yang digemari oleh generasi muda sekarang.

Bagi mereka yang tidak tahu, Gen Alpha (generasi Alpha) ialah nama yang diberikan kepada orang yang dilahirkan antara 2010 dan 2024. Sebagai generasi pertama yang dilahirkan sepenuhnya pada abad ke-21, Gen Alpha terdiri daripada kanak-kanak, dan remaja muda.

Kredit: PRTimes JP

Organisasi “Alpha Generation Lab” telah membuat tinjauan bagi “trend paling disukai oleh Gen Alpha“, yang terdiri daripada 600 peserta muda dari Jepun dan ibu bapa mereka. Salah satu daripada topik yang dibentangkan adalah anime/manga kegemaran. Selepas selesai tinjauan, berikut adalah hasil keputusan:

  • Demon Slayer
  • Detective Conan
  • Spy x Family
  • One Piece
  • Oshi no Ko

Tidak hairan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba didedahkan sebagai anime/manga kegemaran kepada generasi baharu dengan 40% undian. Memandangkan anime musim 4 sedang ditayangkan, siri ini sentiasa menjadi topik perbincangan kerana visual dan animasi berkualiti tinggi. Ini dibantu lagi oleh reputasinya sebagai siri yang sentiasa memenangi pelbagai anugerah setiap tahun berturut-turut.

Di tempat kedua adalah Detective Conan dengan 27.8% undian. Walaupun sudah lama ditayangkan, siri siasatan misteri Detective Conan terbukti masih popular! Selain episod anime setiap minggu yang masih menarik perhatian penonton, filem anime ke-27 “The Million-dollar Pentagram” baru sahaja dikeluarkan, dan berjaya memecah rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi dalam francais.

Di tempat ketiga adalah Spy x Family dengan 23.3% undian. Manga sudah cukup popular, tetapi siri ini langsung menjadi viral selepas keluaran adaptasi anime pada 2022. Dengan protagonis kanak-kanak, patutlah ramai generasi muda suka kerana mudah untuk dikaitkan. Bukan itu sahaja; dua bulan lepas, filem anime pertama Spy x Family Code: White juga telah dikeluarkan – dan menerima sambutan positif.

Di tempat ke-4 adalah siri legenda One Piece. Disukai oleh peminat anime lama dan juga baru, anda boleh menganggap One Piece sebagai anime shonen terhangat buat masa sekarang. Dengan anime dan manga mingguan yang berjaya, adaptasi live-action sukses di Netflix, dan pelbagai game, ia menjadi semakin popular selepas menghampiri saga finale.

Akhir sekali kita ada Oshi no Ko. Kejayaan manga telah membuahkan adaptasi anime pada 2023. Tetapi selain premis cerita yang menarik, apa yang membuatkan Oshi no Ko benar-benar viral adalah lagu pembukaan Idol oleh Yoasobi. Ia sangat popular sehingga Idol menjadi lagu Jepun dan lagu anime pertama yang mendahului carta Global Billboard!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGen Alphamanga
ShareTweetSend
Previous Post

Projek ‘Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure’ Diteruskan Oleh KLab

Next Post

Previu First Dwarf ‘Early Access’ – Bantu Orang Kerdil Bina Koloni Dalam Game Survival Ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Previu First Dwarf ‘Early Access’ – Bantu Orang Kerdil Bina Koloni Dalam Game Survival Ini

Previu First Dwarf 'Early Access' - Bantu Orang Kerdil Bina Koloni Dalam Game Survival Ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd