Menyambut ulang tahun ke-10 musim ketiga siri live action francais, GARO: Heir to Steel Armor telah pun ditayangkan secara rasmi pada 11 Januari yang lalu. Kalau anda ingin tahu, siri ini merupakan siri pertama yang ditayangkan selepas tiga tahun menyepi. Ia juga merupakan siri pertama yang menyambung Ryuga-verse yang mamaparkan Hagane, Makai armor untuk Makai Knights tanpa gelaran.
Lagu temanya telah dipersembahkan oleh JAM Project, bertajuk “GARO Hagane o Tsugu Mono” untuk opening manakala ending pula bertajuk “Sore wa Kegarenaki Shura no Mamida”.
Sinopsis GARO: Heir to Steel Armor
Ryuga Dogai merupakan Makai Knight yang bergelar “Golden Knight Garo” dan telah mengatasi banyak dugaan dan cabaran. Dia telah menyeru perisai Garo dan raksasa, Horrors dan ini membawa Koyori, seorang Makai Priestess muncul. Meminta bantuan Golden Kinght, dia memberitahu Ryuga bahawa dunia akan berada dalam bahaya.
Dengan kegelapan daripada Gate of Destruction menghampiri, Ryuga merasai kejahatan dan serta merta terlibat dengan Horror. Dalam pertempuran yang sengit, seorang Makai Knight yang misteri tiba-tiba muncul. Dia adalah Soma Shirahane yang memakai Hagane Armor.
Anda boleh tonton episod 1 siri yang telah tersedia secara percuma untuk tontonan melalui saluran Youtube rasmi GARO.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai tokusatsu daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post