Garmin mengumumkan “smartwatch” untuk gamer! Diberi nama Instinct Esports Edition!

Dunia “streaming” telah meningkat secara besar-besaran dalam sedekad yang lalu, yang beralih daripada sebuah hobi ke fokus yang semakin besar untuk hiburan dan pendapatan. Dengan itu, lebih banyak syarikat mula memberi perhatian, ketika tawaran berjenama dengan streamer dan “influencer” popular menjadi lebih menguntungkan.

Garmin akan melancarkan smartwatch versi baru yang direka khusus untuk gamer, khususnya streamer dan pemain esports. Dikenali sebagai Instinct Esports Edition, jam tangan ini serasi dengan perisian “Str3amUp” milik Garmin, yang membolehkan streamer memaparkan degupan jantung mereka ketika bermain, dan mengesan tekanan seseorang. Instinct Esports Edition juga dilengkapi “Body Battery” yang memantau data biometrik untuk menentukan bila seorang pemain harus berehat.

Menurut Garmin, bateri jam tangan ini boleh bertahan hingga 80 jam ketika berada dalam mod esports atau sebanyak 14 hari ketika dalam mod smartwatch. Ia memiliki reka bentuk hitam dan merah, dan direka agar cukup ringan supaya tidak mengganggu ketika bermain. Selain daripada elem-elemen esports, Instinct Esports Edition juga mempunyai beberapa manfaat lain seperti notifikasi ketika dipasangkan ke telefon pintar. Berikut adalah ciri-ciri penuh yang dimiliki:

  • Wrist-Based Heart Rate – Dapatkan data degupan jantung bersama dengan amaran jika degupan jantung pengguna terlalu tinggi atau terlalu rendah ketika berehat, dan ukur kekuatan jantung semasa adegan-adegan permainan tertentu.
  • Advanced Sleep Monitoring – Pengguna mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana mereka tidur dengan tahap tidur ringan, lama dan REM. Ini membolehkan pengguna mentafsir dan membuat modifikasi gaya hidup untuk permainan yang lebih fokus.
  • Stress Tracking – Menggunakan variabiliti degupan jantung, Instinct Esports Edition dapat mengira tahap tekanan seseorang, dan memberi mereka peluang untuk mengoptimumkan pengurusan tekanan untuk memulihara sumber mental dan fizikal.
  • Body Battery Energy Monitor – Menggunakan data degupan jantung, tekanan dan tidur untuk menentukan berapa banyak tenaga yang dimiliki oleh pengguna dan memberitahu mereka waktu bermain dan berehat.
  • 30+ Sports Apps & Robust Activity Tracking – Pengguna boleh berlatih dengan profil aktiviti yang dimuatkan di dunia luar permainan. Bagi atlet yang ingin memantau prestasi lebih jauh, monitor denytan jantung tersedia untuk pembelian secara berasingan.

Garmin Instinct Esports Edition boleh didapati dengan nilai harga $299 atau anggaran RM1,245.19.

Sumber – Garmin

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.