Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gara-gara memakai senapang & bom palsu, dua “cosplayer” direman polis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2022
in Artikel, Berita, Cosplay, Fakta & Trivia, Tempatan
0 0
0
Gara-gara memakai senapang & bom palsu, dua “cosplayer” direman polis

Sumber - Akashi MinMin / Astro Awani

Share on FacebookShare on Twitter

Berlaku di sebuah pusat membeli belah di Damansara Jaya semalam, dua “cosplayer” lelaki telah direman oleh pihak polis kerana disyaki memiliki senapang dan bom palsu.

Secara lebih khusus lagi, kejadian ini berlaku di Atria Shopping Gallery di mana dua cosplayer tersebut memakai kostum cosplay taktikal. Kedua-dua suspek -merupakan warga tempatan yang berusia 15 dan 24 tahun- telah ditahan pada jam 4.30 petang selepas polis menerima laporan bahawa mereka memiliki senjata api dan bom tangan palsu.

Sumber – Facebook

Selepas membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt. Ku Mashariman Ku Mahmood berkata bahawa pihak mereka telah menemui senapang M4 Carbine, pistol jenis Glock dan dua bom tangan yang semuanya tiruan. Walaupun kedua-dua cosplayer tidak mempunyai rekod jenayah pada masa lalu selepas disiasat oleh polis, mereka masih perlu direman.

Sumber – Astro Awani

“Mereka direman selama tiga hari sehingga Selasa di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.”

kata Supt. Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, Supt. Ku Mashariman mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana ini menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Senjata 1960.

Menurut Elliott Chin (kawan kepada salah seorang cosplayer yang ditangkap), dia mengetahui kisah sebenar. Berikut adalah penterjemahannya:

“Kawan saya dan rakan Palestin-nya duduk di tepi pintu masuk, hanya bersantai dan tidak melakukan perkara gila atau pelik. Kemudian pengawal keselamatan itu mengambil gambar mereka secara rahsia tanpa kebenaran dan melaporkan kepada polis.

Sedangkan sehari sebelum itu, dia [si kawan] bertanya sama ada dia boleh membawa senjata dan penganjur acara menjawab YA. Cuma perlu tampal dengan pita pelekat berwarna merah sahaja.”

Namun, bukan pengawal keselamatan, rupanya salah seorang penganjur acara yang menyuruh pengawal keselamatan itu untuk melaporkan mereka, menurut kata kawan saya.

Peraturan acara kata: “Semua alat prop dan senjata palsu mesti MEMPUNYAI pita pelekat merah”, tetapi kemudian mereka ditahan walaupun ia [pita pelekat merah] dilekatkan.

Sejujurnya saya rasa ada beberapa masalah komunikasi di kalangan pengurus acara atau penganjur acara. Itulah spekulasi saya tentang ini. Kawan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, dia hanya santai sahaja.

Apa pendapat anda? Sedangkan kita ada undang-undang yang melarang memegang apa-apa jenis senjata palsu, jadi mengapa pihak penganjur kata boleh? Jom kita bincangkan di ruang komen!

Tags: CosplayerMalaysiapolis
Previous Post

[Giveaway] Komen untuk menang game PS5 percuma Destroy All Humans! 2: Reprobed!

Next Post

Review Dragon Ball Super: Super Hero (SPOILER) – Kepulangan Gohan ke medan perang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Review Dragon Ball Super: Super Hero (SPOILER) –  Kepulangan Gohan ke medan perang!

Review Dragon Ball Super: Super Hero (SPOILER) - Kepulangan Gohan ke medan perang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd