Memandangkan pelancaran Honkai Star Rail diterima begitu baik di seluruh dunia, ramai pemain tidak sabar untuk melihat apa yang disediakan oleh HoYoverse bagi event masa terhad istimewa. Malangnya, acara pertama Honkai Star Rail nampaknya tidak berjaya memuaskan hati sesetengah pemain kerana ramai mengadu ia memberi ganjaran yang terlalu sedikit.
Event pertama Honkai Star Rail telah tiba sejak Jumaat minggu lepas (19 Jun) dan memberi peluang kepada pemain untuk bertarung dengan beberapa musuh sukar di Boulder Town: Super League. Di sini, pemain harus berlawan dengan musuh rawak dalam format 4-pusingan. Musuh akan bertambah susah, tetapi pemain akan memperoleh bonus rawak yang membantu mereka sepanjang perjalanan.
Namun, majoriti pemain nampaknya tidak tertarik dengan hadiah yang diberikan selepas menyelesaikan event tersebut. Kebanyakan aduan berbunyi seperti ini:
“Jika 100% menyiapkannya, anda akan mendapat 3.75 pull [gacha] dan beberapa bahan…”
Ya benar, acara ini hanya memberi 600 Stellar Jade kepada pemain atas usaha mereka – cukup untuk 3 tarikan gacha dan beberapa material. Disebabkan itu, ramai tidak berpuas hati dengan jumlah usaha yang diperlukan sedangkan ganjarannya sangat sedikit dan tidak berbaloi. Walaupun ada pemain yang menikmati cabaran dalam acara ini, ramai pemain lain lebih mementingkan ganjaran daripada proses memperolehnya.
Menurut pemain Genshin Impact, ini hampir sama dengan event-event yang dilancarkan dalam game HoYoverse lain. Malah, sebahagian besar berpendapat bahawa event pertama Honkai Star Rail jauh lebih “pemurah” daripada apa yang ditawarkan oleh Genshin Impact sebelum ini.
Apa pendapat korang? Korang suka ke dengan hala tuju Honkai Star Rail buat masa ini?
Buat mereka yang berminat, Honkai Star Rail kini dikeluarkan secara rasmi di Android, iOS dan PC melalui Epic Games Store. Game ini juga akan dikeluarkan pada kemudian hari di PlayStation 4 dan PlayStation 5.
Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post