Masih ingat di CES 2020 antara produk ASUS yang mereka telah umumkan pelancaranya dan salah satu yang tersebut adalah Desktop CPU Gaming ROG STRIX GA35? Ya kali ini kami berpeluang untuk mencubanya sendiri di Taiwan! Bukan setakan Desktop CPU ini kami mencuba, bersama gabungan Monitor ROG STRIX XG279Q perjalanan permainan yang kami cuba dalam masa singkat diberikan turut memuaskan hati!
Kita recap semula spesifikasi ROG STRIX GA35 yang tersedia untuk kegunaan esports ini:
Mendominasi dunia permainan dan seterusnya dengan ROG Strix GA35 yang kuat. Permainan aksi yang dijalankan secara pantas dan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti, juga dengan CPU 16-core AMD Ryzen 9 3950X mempercepatkan tuntutan beban kerja seperti penciptaan kandungan dan multitasking yang berat.
Prestasi ‘Tournament-ready’ disokong oleh reka bentuk mudah dibawa dengan pemegang bersepadu, dua papan SSD swap panas untuk menukar pemacu dengan cepat dan teknologi Keystone II untuk mengalih profil dengan mudah dan cepat pada sebarang pertandingan esports dan LAN.
ROG Strix GA35 | |
Pemproses | AMD Ryzen 9 3950X AMD Ryzen 9 3900X AMD Ryzen 7 3800X AMD Ryzen 7 3700X |
Sistem Operasi | Windows 10 Pro |
Chipset | AMD X570 |
Grafik | NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti 11GB NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER 8GB NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER 8GB NVIDIA GeForce RTX 2060 SUPER 6GB NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB |
Memori | Up to 64GB DDR4 3200MHz |
Storan | Up to 1TB M.2 NVMe PCIe SSD 1TB/2TB HDD |
Rangkaian | Intel Gigabit LAN 802.11ac gigabit-class WiFi Bluetooth 5.1 |
Connectivity | Front I/O 2 x USB 3.2 Gen 1 type A 2 x USB 3.2 Gen 1 type C 1 x Mic in 1 x Headphone out Rear I/O |
Aksesori | Termasuk keyboard dan mouse |
Dimensi | 279 (W) x 433 (D) x 501 (H) mm |
Berat | 15kg |
Beralih pula dengan gandinganya Monitor ROG STRIX XG279Q;
Monitor ROG STRIX XG279Q 27-inci WQHD (2560 x 1440) ini dilengkapi dengan Monitor permainan Fast IPS dengan ultrafast 170* Hz kadar penyegaran yang direka untuk pemain profesional dan permainan yang mendalam. Teknologi FastBook ASUS membolehkan masa respons 1ms (GTG) untuk visual permainan tajam dengan kadar bingkai yang tinggi. Monitor ini juga Bersertifikat sebagai G-SYNC yang Serasi, memberikan pengalaman tanpa lusuh dengan membolehkan VRR (kadar penyegaran ubahsuaian) secara asal.
Teknologi ASUS Extreme Low Motion Blur Sync (ELMB SYNC) membolehkan ELMB bersama-sama dengan G-SYNC yang Serasi, menghapus ‘ghosting’ dan untuk visual permainan tajam dengan kadar bingkai yang tinggi tersedia untuk monitor ini. Dan yang terakhir, teknologi High Dynamic Range (HDR) dengan gamut warna profesional menyampaikan prestasi kontras dan warna yang memenuhi DCI-P3 95% dan pensijilan DisplayHDR 400.
Jadi pengalaman kami mencuba sendiri bermain di set gaming esports lengkap ini dengan permainan Red Dead Redemption 2 ternyata memuaskan! Dengan penggerakan yang tiada sebarang lagging selepas ramai mencubanya dalam seharian ini, grafik pula tersangatlah ‘cun melecun’ dan setiap warna memang nampak menyerlah. Jadi kalau anda semua nak membeli Desktop CPU ROG STRIX GA35 ini, anda jangan terlupa bahawa ada sebuah lagi kembarnya ROG Strix GT35 yang turut mempunyai spesifikasi mengagumkan sepertinya.
Jadi dah beli nanti bolehla letak di bilik gaming anda yang gelap sambil menyaksikan lampu RGB ROG STRIX GA35 yang bersinar-sinar dari ASUS ROG ini okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post