Pemain Asia Tenggara cenderung bermain di rumah, suka mencari pengalaman multiplayer dan sanggup berbelanja untuk permainan video kegemaran mereka. Ini adalah antara penemuan utama untuk kajian yang dilakukan ke atas gamers Asia Tenggara. Diuruskan oleh Eliphant, penganjur GameStart Asia, kaji selidik online ini menerima maklum balas daripada hampir 2,000 responden, di antara umur 17 hingga 45 tahun, dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Brunei.
“Kaji selidik ini bertujuan untuk lebih baik melengkapkan setiap jenama dengan ilmu untuk berinteraksi bersama komuniti pelbagai budaya yang disatukan kerana minat mereka untuk gaming,”
kata Elicia Lee, Managing Director Eliphant dan Pengasas GameStart Asia.
Kaji Selidik di Asia Tenggara
Survey ini menerima maklum balas daripada pelajar (51%) dan dewasa yang bekerja, dengan majoriti ialah gamer lelaki (82.1%). Kebanyakan responden menikmati bermain dalam keselesaan rumah sendiri (80.8%), manakala 11.9% responden bermain di cybercafe dan arked, dengan minoriti yang bermain semasa bergerak (2.7%). Pengalaman multiplayer lebih disukai, kerana hampir 60% responden bermain bersama rakan-rakan mereka.
Manakala pemain ringan (33.6%) hanya menghabiskan masa sehingga 10 jam seminggu untuk gaming, 1 daripada 4 responden melabur lebih daripada 4 jam sehari secara purata (lebih daripada 30 jam setiap minggu) untuk mengasah kemahiran permainan mereka. Platform permainan pilihan mereka ialah PC, kerana pemain paling banyak menghabiskan masa pada permainan PC (59.1%), diikuti dengan permainan mudah alih (28.1%), dan konsol seperti Sony PlayStation dan Nintendo Switch (12.1%).
Walaupun separuh responden adalah pelajar, pemain sanggup bayar untuk pengalaman permainan yang diingini- lebih daripada 1 daripada 2 (52.9%) akan membeli permainan video, walaupun kebanyakan (74.5%) tidak membuat pesanan pre-order terlebih dahulu. Rata-rata, 3 daripada 4 pemain (71.9%) menghabiskan sehingga SGD500 (RM1518) setahun, di mana lebih daripada separuh menghabiskan sekurang-kurangnya SGD100 (RM303) setiap tahun.
Role-playing game (RPG), first-person shooter (FPS), dan massively multiplayer online (MMO) adalah antara genre permainan tertinggi yang dimainkan oleh responden. Kesedaran dan pendedahan kepada permainan VR adalah rendah, dengan hanya 3% responden yang mencubanya.
5 Genre Pilihan Pemain Asia Tenggara
Role-playing game (RPG) | 22.1% |
First Person Shooter (FPS) | 9.3% |
Massively Multiplayer Online (MMO) | 7.8% |
Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) | 7.3% |
Fighting, Massive Multiplayer Online | 11.4% |
Kaji Selidik di Singapura
Sama seperti di rantau, pemain Singapura lebih suka bermain di rumah (89.7%) dan di PC (53.6%), dengan permainan mudah alih di tangga kedua pada 27.7%. Hampir 1 daripada 2 (42%) responden bermain selama lebih daripada 20 jam seminggu. Kadar pemain ringan (yang bermain tidak lebih dari 10 jam seminggu) di Singapura berada pada 32.4%, manakala 1 daripada 4 (24.5%) adalah pemain berat yang melabur lebih daripada 30 jam seminggu. Terdapat sebilangan besar pemain solo di Singapura berbanding rantau, dengan hanya 54.6% responden tempatan menunjukkan bahawa mereka bermain dengan rakan-rakan.
Lebih banyak pemain Singapura lebih suka permainan berbayar: Lebih daripada 4 daripada 5 bermain permainan video berbayar, walaupun 63.2% responden tidak pre-order permainan mereka. Mereka adalah pemain serba boleh, dengan 80% responden bermain di sekurang-kurangnya 2 platform yang berbeza – yang paling popular adalah PC pada 46%, diikuti oleh konsol (23%) dan mudah alih (18%). Mengenai pengalaman permainan mereka, responden Singapura cenderung melabur lebih banyak daripada pemain biasa, dengan perbelanjaan 65% hingga SGD500 (RM1518) setahun, dan perbelanjaan 14.6% lebih dari SGD1,000 (RM3036) setahun.
Role-playing games (RPG), first person shooter (FPS), dan permainan simulasi adalah antara genre permainan utama yang dimainkan oleh pemain tempatan.
5 Genre Pilihan Pemain Singapura
Role-playing game (RPG) | 22.1% |
First Person Shooter (FPS) | 9.3% |
Simulation | 7.2% |
Third Person Shooter | 7.3% |
Fighting, Massive Multiplayer Online | 6.8% 6.8% |
Peluang Mencuba Pelbagai Game Eksklusif di GameStart 2019
GameStart 2019 juga akan menjadi tuan rumah kepada beberapa judul ekslusif Asia (di luar Jepun), dan pengunjung boleh menjadi antara yang pertama di Asia untuk cuba permainan video berikut:
- MARVEL Super War
- Marvel’s Avengers
- Final Fantasy VII Remake
- Disney Tsum Tsum Festival (Bandai Namco Entertainment)
- Just Dance 2020 (Ubisoft)
- BlazBlue Cross Battle Tag 2.0 (Arc System Works)
- MISTOVER (Arc System Work)
- UNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late[cl-r] (Arc System Works)
- Iron Man VR
Cyberpunk 2077 oleh CDProjekt Red juga akan mempamerkan video gameplay khas yang hanya dipaparkan kepada penonton di E3 dan Gamescom.
LOKASI: Suntec Convention Centre Halls 401 – 403 Singapore
TARIKH: 12 & 13 October 2019
TEMPOH PEMBUKAAN:
-
VIP Ticket: 10AM – 9PM
-
Awam: 11AM – 9PM
Maklumat lanjut dan berita terkini mengenai GameStart 2019 boleh didapati di www.gamestart.asia dan www.facebook.com/GameStart.Asia.
@gamersantaimy
Discussion about this post