Kami berkesempatan menemubual pemain ternama dalam dunia fighting game, Justin Wong, semasa kunjungannya ke gamescom asia 2024 di Singapura. Justin berkongsi pandangannya tentang perkembangan terkini dalam komuniti fighting game serta perspektifnya mengenai judul-judul baharu dan yang bakal dilancarkan.
Dikenali kerana gaya permainannya yang strategik serta sumbangan besarnya dalam komuniti, Wong memberikan pandangan jujurnya mengenai pelancaran game terbaru dan juga potensi masa depan genre ini.

Respon Komuniti Kepada Marvel vs. Capcom Collection dan Falsafah Sendiri
Justin Wong telah membincangkan fenomena viral mengelilingi Marvel vs. Capcom Fighting Collection yang baru dilancarkan, dengan menjelaskan bahawa laporan mengenai pembayaran balik (refund) besar-besaran telah dibesar-besarkan. Menurutnya, apa yang bermula sebagai satu interaksi telah berkembang menjadi gurauan dalam komuniti.
“Saya rasa orang sebenarnya tidak mahu memulangkan semula game ini. Saya rasa ia hanya satu ulasan di Steam. Saya sebenarnya berlawan dengan orang ini dan dia sangat gembira kerana dapat berlawan dengan saya,” jelas Wong. “Tetapi kemudian semua orang mula bergurau, ia menjadi meme yang lucu.”

Beliau menegaskan bahawa tiada bukti mengenai pembayaran balik sebenar, dengan menyatakan, “Jika Capcom dapat tunjukkan kepada saya bahawa ada pembayaran balik, maka saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi sekarang ini tiada apa-apa langsung.”
Pemain veteran ini juga berkongsi pendekatan uniknya terhadap fighting game, terutama sekali dalam siri Marvel vs. Capcom yang mempunyai 56 watak yang boleh dimainkan. “Falsafah saya untuk belajar bermain fighting game ialah saya ingin bermain setiap watak dalam game,” kata Wong.

Beliau turut menyedari perbezaan pendekatannya dengan kebanyakan pemain profesional:
“Apabila anda fikirkan tahap permainan yang tertinggi, pemain profesional hanya bermain dengan lima watak secara keseluruhan.” Sebaliknya, Wong lebih cenderung meneroka watak-watak yang kurang digunakan.
“Saya menggunakan watak seperti Spider-Man, Ken, Jin… watak-watak yang biasanya tidak kelihatan pada tahap tinggi. Jadi saya rasa itulah yang membezakan saya.”
Hubungan Bersama MenaRD
Dalam sesi temu bual itu, Wong turut membincangkan cabaran pertaruhan $10,000 yang dicabarnya kepada juara Street Fighter dari Republik Dominika, MenaRD. Cabaran ini, yang timbul dari persaingan antara pemain lama dan baharu, masih terbuka tetapi tiada jawapan pasti.
“Saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku. Ia lebih kepada cabaran terbuka. Jika mahu lakukan, jom lakukan,” jelas Wong.

Beliau juga menerangkan konteks cabaran tersebut, yang berakar daripada perbezaan generasi: “Saya telah bermain fighting game selama lebih 20 tahun kan? Dan dia lebih kepada pemain baru yang bermain lebih banyak Street Fighter 5, Street Fighter 6… ia seperti memberi penghormatan kepada yang lebih tua.”
Namun, Wong mengakui faktor praktikal yang mungkin menjadi penghalang untuk perlawanan itu, terutamanya kerana MenaRD kini lebih fokus pada pertandingan Street Fighter 6.
“Saya rasa dia lebih fokus pada Street Fighter 6 sekarang sebab dia sudah layak untuk Capcom Cup. Dan jika difikirkan, saya pasti dia lebih suka memenangi $1 juta daripada $10,000 saya dalam Street Fighter 3.”
Pendapat Tentang Industri Fighting Game
Ketika membincangkan Street Fighter 6, Wong berkongsi minatnya terhadap pemain kegemarannya dari pelbagai generasi. “Setiap kali saya melihat Punk dalam pertandingan, saya selalu menyokong Punk tidak kira apa pun,” katanya tentang Victor “Punk” Woodley.
“Saya suka gayanya, dia antara satu-satunya pemain yang tidak bermain secara agresif… dia cuba bermain dengan lebih perlahan dan memaksa orang membuat kesilapan sendiri dan mengatasinya.”
Untuk pemain lama, Wong memuji Momochi: “Mungkin pemain kegemaran saya sepanjang masa. Saya suka cara dia menganalisis game, betapa gigihnya dia. Sangat bersemangat.” Beliau turut menyebut pencapaian terkini Momochi, termasuk posisinya sebagai tempat keempat di EVO.
Wong juga menyatakan minat terhadap dua keluaran yang akan datang. “Dua yang saya sangat nantikan ialah koleksi Capcom baharu yang mempunyai CVS2 [Capcom vs SNK 2], Plasma Sword… sebab ia tidak pernah ada secara online sebelum ini,” jelasnya.
Beliau menekankan kepentingan penambahbaikan netcode moden: “Dengan penerapan Rollback, saya benar-benar ingin main game lama itu kerana saya mahu lihat sejauh mana tahap orang sekarang, yang tidak pernah saya lawan sebelum ini.”
Wong juga menunjukkan minat terhadap dua game akan datang.
“Dua yang saya sangat nantikan ialah koleksi Capcom baharu yang mempunyai CVS2 (Capcom vs SNK 2), Plasma Sword… sebab ia tidak pernah ada secara online sebelum ini,” jelasnya.
Beliau juga menekankan kepentingan penambahbaikan netcode moden: “Dengan penerapan Rollback, saya benar-benar ingin main game lama kerana mahu lihat sejauh mana tahap orang sekarang, yang tidak pernah saya lawan sebelum ini.”

Bagi Fatal Fury: City of Wolves, Justin Wong meluahkan keterujaannya terhadap pengumuman terbaru: “Bahawa mereka baru-baru ini mengumumkan Ken dan Chun-Li dalam game, saya rasa itu dua watak tetamu yang sangat bagus.”
Beliau turut mengakui jumlah kandungan fighting game yang sangat banyak:
“Setiap bulan ada fighting game baru atau fighting game indie atau kemas kini game atau watak DLC baru. Memang banyak.”
Masa Depan Marvel vs. Capcom
Berkenaan masa depan siri Marvel vs. Capcom, Wong bersikap positif dengan kemungkinan adanya entri baru, terutamanya dengan perkembangan baru-baru ini.
“Saya harap Marvel vs Capcom collection mendapat sambutan baik dan orang sangat menyukainya kerana ia meletup di media sosial sehingga mereka tidak ada pilihan kecuali buat Marvel vs Capcom 4, atau jika kira Infinite maka 5.” katanya.
Wong merenungkan sejarah siri tersebut. “Marvel 2 adalah kejayaan besar. Marvel 3 juga kejayaan besar. MVCI eh, anda faham maksud saya kan?”

Beliau juga menyebut kejayaan Marvel dalam alam sinematik sebagai faktor motivasi tambahan untuk game baru: “Terutama dengan filem-filemnya, filem-filem itu sangat berjaya juga. Jadi kenapa tidak manfaatkan ini?”
Temu bual itu berakhir dengan Justin Wong berkongsi pandangan positifnya tentang Singapura, terutama sekali memuji penginapannya.
“MBS memanjakan saya sehingga saya tidak mahu menginap di hotel lain lagi. Ini mungkin hotel terbaik yang pernah saya tinggal, sejujurnya.”
Jika ingin mengikuti perkembangan terkini tentang Justin Wong, anda boleh melayari media sosialnya di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post