Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer Jepun Kecewa Orang Afrika Jadi Protagonis Assassin’s Creed Shadows, Sedangkan Banyak Lagi Pilihan Bagus

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2024
in Artikel
0 0
0
Gamer Jepun Kecewa Orang Afrika Jadi Protagonis Assassin’s Creed Shadows, Sedangkan Banyak Lagi Pilihan Bagus
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Shadows telah digembar-gemburkan sebagai salah satu game yang paling dinanti-nantikan oleh peminat kerana francais akhirnya menjadikan Jepun sebagai latar belakang utamanya setelah sekian lama. Walaupun begitu, peminat Jepun meluahkan rasa kecewa dengan Assassin’s Creed Shadows sejak ia didedahkan bahawa orang berkulit hitam dari Afrika akan menjadi protagonis untuk game tersebut.

Secara lebih khusus lagi, game ini akan menampilkan Yasuke, seorang lelaki kulit hitam dari Afrika, sebagai salah satu protagonis utama. Hal ini didedahkan semasa World Premiere Trailer, di mana majoriti gamer Jepun memberi respon negatif dan menunjukkan rasa tidak puas hati.

Kredit: @Mangalawyer

Sebagai konteks, Yasuke adalah tokoh sejarah sebenar yang tinggal di Jepun pada abad ke-16 dan kemungkinan besar berasal dari Afrika, dan berkhidmat sebagai hamba dan askar untuk daimyō Jepun Oda Nobunaga semasa zaman Sengoku. Selain itu, hampir tiada apa yang benar-benar diketahui tentang Yasuke.

Kredit: Ubisoft

Masalahnya, Assassin’s Creed adalah francais yang niat utamanya adalah untuk mengekalkan tahap autentik peristiwa bersejarah. Sedangkan untuk game lain dalam siri ini, orang-orang di tempat dan zaman itu konsisten dengan sejarah dan budaya mereka yang berbeza-beza. Isu ini ditunjukkan oleh para gamer Jepun.

Kredit: @Mangalawyer

Satu lagi isu adalah; pemain Jepun juga mempersoalkan mengapa Ubisoft tidak memilih tokoh yang lebih sesuai sebagai watak utama, memandangkan mereka mempunyai ramai tokoh sejarah yang lebih layak dan penting. Dikatakan bahawa Yasuke hanyalah watak sampingan kerana dia tidak benar-benar terlibat dalam sejarah Jepun secara keseluruhan.

Kredit: Ubisoft

Seperti saya kata di awal artikel, Yasuke hanyalah salah satu daripada protagonis. Protagonis kedua adalah seorang wanita shinobi bernama Naoe yang berasal daripada puak Iga.

Memandangkan latar belakang utama game itu berlaku di Iga – ini adalah wilayah yang sangat terkenal dan penting di Jepun dan boleh dikatakan adalah tempat sejarah penting untuk ninja. Oleh itu, beberapa peminat Jepun juga mencadangkan bahawa Hattori Hanzo merupakan pilihan yang lebih sesuai sebagai protagonis, kerana memegang peranan sebagai seorang samurai dan shinobi terkenal untuk puak Iga.

Kredit: Ubisoft

Jadi, mengubahnya pada seri terbarunya kali ini adalah hal yang aneh dan tidak sesuai dengan game Assassin’s Creed lainnya, ini kekecewaan sebagian besar ditunjukkan oleh para gamer Jepang.

Jadi, ini merupakan pilihan yang pelik oleh Ubisoft dan tidak sejajar dengan game Assassin’s Creed yang lain, lantas menimbulkan kekecewaan majoriti pemain Jepun.

Kredit: Ubisoft

Assassin’s Creed Shadows akan dikeluarkan pada 15 November untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!

Next Post

Cygames Membuka Cawangan di Singapura

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Cygames Membuka Cawangan di Singapura

Cygames Membuka Cawangan di Singapura

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd