Akhirnya, game yang dinantikan oleh para peminat, Starfield telah membuat penampilan pertama dengan mendedahkan gameplay semasa Xbox & Bethesda Game Showcase baru-baru ini. Sebelum ini, ia telah diumumkan buat kali pertama pada tahun 2018 tetapi tidak banyak maklumat yang didedahkan selain tajuk game. Dibangunkan oleh Bethesda Game Studio, Starfield dijadualkan akan keluar pada tahun 2023 di Xbox Series X|S dan PC.
Dalam video gameplay pertamanya, mereka menunjukkan pemain yang sedang memasuki stesen angkasa dan mengalahkan musuh dengan machine gun dan shotgun melalui pandangan first-person. Bagi pemain yang tidak boleh bermain first-person, anda boleh tukar kepada third-person bila-bila masa sahaja dalam game.
Selain itu, mereka menunjukkan bandar utama, New Atlantis di mana ia merupakan sebuah bandar yang besar dan menjadi pusat untuk pemain menerima misi dan meneroka dunia baharu.
Bethesda mengatakan bahawa game ini didatangkan dengan sistem penciptaan watak yang sangat luas dengan pilihan yang banyak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pilihan-pilihan tersebut akan mempengaruhi kelebihan dan kekurangan watak yang anda bina. Tambah pula dengan sistem ubah suai kapal angkasa, sudah pasti ianya akan jadi lebih menarik.
Starfield berlaku pada tahun 2330 di mana manusia telah menerokai sistem suria dan menetap di planet baharu. Dari pelombong angkasa lepas hingga menyertai Constellation, kumpulan peneroka terakhir yang mencari artifak yang jarang ditemui di seluruh galaksi.
Buat masa sekarang, itu sahaja maklumat yang dikongsikan. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Starfield akan dilancarkan pada tahun 2023 di Xbox Series X|S dan PC. Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass. Mesti anda tidak sabar nak tunggu game ini keluarkan. Jadi, jom sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan datang untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post