Mula-mula diumumkan di Gamescom tahun lepas, Little Nightmares 2 kini mempunyai tarikh pelancaran rasmi pada 11 Februari 2021, dan trailer gameplay baru yang pasti akan membuat anda terjaga sehingga pagi.
Sekuel kepada game platformer indie terkenal pada 2017, Little Nightmares 2 sekali lagi mengikuti kisah Six, yang akan dikawal AI, dan watak baru bernama Mono yang memakai beg kertas. Trailer baru di atas menunjukkan pelbagai raksasa dan teka-teki baru yang mengerikan untuk pemain atasi, termasuk raksasa bermain piano yang menakutkan. Kedua-dua watak tersebut akan meneroka lokasi bernama “Signal Tower“. Lebih banyak gameplay akan didedahkan esok, jadi saya mohon semua bersabar lagi.
Little Nightmares 2 akan dilancarkan pada 11 Februari 2021 untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC. Tarikh pelepasan untuk konsol next gen akan diumumkan pada masa yang akan datang. Untuk segala maklumat kami tentang Gamescom 2020, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post