Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay story mode Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2021
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay story mode Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Aniplex telah mendedahkan bahawa story mode untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan mengikuti kisah Tanjiro dari permulaan hingga ke story arc Mugen Train. Selain itu, sebuah trailer untuk mod tersebut telah dilancarkan untuk menjelaskan bagaimana ia akan dimainkan dalam permainan. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan bahawa mod versus akan menampilkan total 18 watak, di mana beberapa watak dapat dibuka lebih awal dengan membeli edisi khas.

Trailer di atas menunjukkan Tanjiro di beberapa adegan, dari hutan semasa pemilihan untuk menjadi Demon Slayer Corps. (Final Selection arc) hingga di jalan Asakusa. Story arc Final Selection secara khusus menampilkan segmen di mana Tanjiro menggunakan deria baunya untuk mengesan iblis. Ini kemudian diikuti dengan klip pertempuran bos dengan Hand Demon, yang merupakan musuh yang jauh lebih besar yang memiliki serangan AoE jarak jauh yang kuat.

Story mode Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles juga merangkumi sejumlah adegan sinematik dalam permainan dari anime Kimetsu no Yaiba, yang dianimasikan oleh Cyberconnect2 sebagai cara untuk “mengalami semula ” kisah tersebut. Walaupun mempunyai bahagian yang tidak melibatkan pertempuran, ia tidak jelas jika bahagian ini akan merangkumi eksplorasi dunia terbuka yang sama seperti Dragon Ball Z: Kakarot.

Seperti yang saya sebutkan tadi, pengumuman ini juga menunjukkan senarai penuh 18 watak untuk mod Versus, dan mengesahkan bahawa tidak ada seorang watak iblis yang tersedia sebagai playable character semasa pelancaran. Walau bagaimanapun, 18 watak ini mempunyai 6 watak varian dari siri Demon Slayer: Kimetsu Gakuen. Sekiranya anda ingin menggunakan watak-watak ini lebih awal, Cyberconnect2 telah mengumumkan senarai kandungan bonus yang akan disertakan dalam setiap edisi permainan.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan dilancarkan di Jepun untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC pada 14 Oktober 2021. Sega telah mengesahkan bahawa permainan ini juga akan mendapat penterjemahan dan pelancaran bahasa Inggeris di Asia pada tarikh lain di tahun 2021.

Sumber – PS360HD2

Tags: animeAniplexDemon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami ChroniclesGameplayKimetsu No Yaibamangastory mode
Previous Post

Trailer penuh aksi dan Poster terbaru SNAKE EYES: G.I. Joe Origins telah didedahkan!

Next Post

Cyberpunk 2077 kembali semula ke PS Store dengan amaran dari Sony!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Cyberpunk 2077 kembali semula ke PS Store dengan amaran dari Sony!

Cyberpunk 2077 kembali semula ke PS Store dengan amaran dari Sony!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd