Apabila remaster Marvel’s Spider-Man tiba di PlayStation 5 pada akhir tahun ini, ia akan menampilkan sejumlah peningkatan dan penambahan baru yang tidak ada dalam versi PS4 asli. Dalam blog baru, Sony mendedahkan bahawa grafik telah diberi peningkatan yang mengagumkan, dan remaster juga akan merangkumi elemen yang memanfaatkan perkakasan PS5.
Walaupun Marvel’s Spider-Man kelihatan cantik di PS4, versi remaster ini kelihatan lebih baik. Insomniac Games menambahkan bayang-bayang ambien dan pantulan ray-tracing untuk memberikan rasa realisme yang sukar untuk diterapkan di versi PS4. Sebagai tambahan kepada grafik yang diperbaiki, game ini juga akan menyokong controller PS5 DualSense. DualSense menampilkan “haptic feedback” dan “adaptive trigger“, dan kedua-duanya akan disokong dalam Marvel’s Spider-Man Remastered. Remaster ini juga memanfaatkan sistem “instant loading” dan “Spatial 3D Audio“.
Perubahan yang paling ketara pada adalah perubahan Peter Parker. Dalam versi Remaster , model watak Peter Parker kini ialah Ben Jordan. Berikut adalah penjelasan:
“Untuk membawa persembahan terbaik kepada pemain dengan Marvel’s Spider-Man generasi akan datang ini, kami telah mengubah wajah Peter Parker. Kami sangat suka bekerja dengan John Bubniak pada permainan asal; namun, untuk mendapatkan persamaan yang lebih baik dengan pergerakan wajah pelakon suara Yuri Lowenthal, kami telah menjadikan Ben Jordan sebagai model wajah untuk Peter Parker di konsol PS5.”
Anda dapat melihat klip penuh hasil Ben Jordan dalam video di bawah:
Selain itu, permainan ini akan menampilkan tiga pakaian baru untuk Peter. Hanya satu telah didedahkan dan ia berdasarkan penampilan Spider-Man dalam filem Amazing Spider-Man. Akhir sekali, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales telah membuat beberapa perubahan pada Photo Mode, yang membolehkan pemain meletakkan lampu dan berubah kepada pakaian berbeza serta merta tanpe pergi ke halaman menu. Ciri-ciri ini tersebut juga dibawa ke Marvel’s Spider-Man Remastered.
Sekiranya anda ingin mendapatkan Marvel’s Spider-Man Remastered untuk PlayStation 5, kita ada beberapa pilihan di mana nda boleh terus membeli Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition yang menyertakan baucar untuk muat turun Marvel’s Spider-Man Remastered atau beli edisi standard Marvel’s Spider-Man: Miles Morales di PlayStation 4, lalu upgrade ke versi PlayStation 5 secara percuma. Selepas itu, anda boleh membayar untuk menaik taraf ke Ultimate Edition untuk mendapatkan baucar bagi remaster.
Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man, sila tekan di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post