Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay baru Pokemon Unite dibocorkan bersama pendedahan fitur customization!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2021
in Artikel, Berita, MOBA, Mobile, Nintendo Switch
0 0
0
Gameplay baru Pokemon Unite dibocorkan bersama pendedahan fitur customization!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah MOBA bertemakan Pokémon akan keluar tidak lama lagi! Diberi nama Pokemon Unite, ia akan datang ke Nintendo Switch dan peranti mudah alih pada masa akan datang. Walaupun The Pokemon Company tidak memberi info baru tentang permainan ini sejak mendedahkannya buat pertama kali pada tahun 2020, nampaknya kita memperolehi banyak maklumat baru.

Maklumat ini datang daripada gameplay bocor Pokemon Unite dari YouTube, yang menampilkan keseluruhan perlawanan bermula di menu pemilihan Pokemon hingga ke hujung perlawanan dan menu utama. Kami boleh melihat pemain itu mengawal Charizard tetapi Pokemon lain seperti Slowbro, Absol, Snorlax, dan Lucario juga membuat kemunculan.

https://www.youtube.com/watch?v=M8fa2xwQIy0&feature=emb_title

Dari mana gameplay ini datang? Pokemon Unite sebenarnya sedang melalui fasa beta tertutup sekarang. Malangnya, beta ini hanya tersedia di China buat masa sekarang seperti yang anda lihat daripada teks dalam permainan.

Pada masa yang sama, Pokemon Unite juga mempunyai fitur customization seperti MOBA lain di mana beberapa Pokemon berbeza boleh memakai “skin” yang unik. Akaun Twitter CentroPokemon telah memuat naik tiga gambar untuk menunjukkan beberapa skin Pokemon Unite yang kita boleh pakai dalam permainan. Pokemon yang dilihat mempunyai skin termasuk Machamp, Lucario, dan Mr. Mime.

Reveladas las primeras skins de Pokémon UNITE. pic.twitter.com/AuvFgor470

— Centro Pokémon (@CentroPokemon) January 15, 2021

Dari apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas,  pemain dapat membeli skin ini di “in-game store“. Nilai yang ditunjukkan di bawah setiap skin juga menunjukkan bahawa pemain akan membeli kosmetik ini dengan salah satu mata wang dalam permainan. Setiap skin juga akan dibahagikan kepada “rarity” yang berbeza seperti “Legendary” atau “Common” dengan harga yang ditetapkan mengikut tahap mereka.

Itu sahaja maklumat yang saya dapat. Pokemon Unite akan keluar untuk peranti mudah alih dan Nintendo Switch tetapi belum mempunyai tarikh pelepasan buat masa ini. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon Unite, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Tags: GameplayMOBApokemonPokémon UNITESkin
Previous Post

Sony Malaysia mengesahkan kes positif COVID-19 di cawangan Sony Store The Curve!

Next Post

Segala masalah Cyberpunk 2077 didedahkan termasuk isu pekerja & demo palsu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Segala masalah Cyberpunk 2077 didedahkan termasuk isu pekerja & demo palsu!

Segala masalah Cyberpunk 2077 didedahkan termasuk isu pekerja & demo palsu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd