Hari ini, Seasun Games mengumumkan bahawa game waifu RPG shooter mereka, Snowbreak: Containment Zone, secara rasminya telah membuka prapendaftaran di mobile dan PC dengan sokongan cross-platform ala Genshin Impact.
Pradaftar di SINI
Bersamaan itu, pelbagai ganjaran menarik akan diedarkan kepada pemain setelah jumlah prapendaftaran mencapai jumlah tertentu, bermula daripada SilverBuch, DigiCash, skin bagi watak, hingga ke senjata eksklusif. Pada masa yang sama, sesiapa yang pradaftar akan mempunyai peluang untuk memenangi hadiah menarik dalam acara Lucky Draw.
Bagi mereka yang tidak tahu, Snowbreak: Containment Zone ialah game 3D third-person RPG shooter dengan tema sci-fi. Menurut laman web rasmi, game ini menggabungkan elemen shooter, abiliti ala anime, elemen aksi dan jalan cerita dramatik untuk memberikan pengalaman gameplay yang menepati citarasa moden.
Berikut adalah trailer #1 untuk gambaran lebih jelas:
Kisahnya berlaku pada tahun 2057, di mana dunia mengalami bencana misteri yang dipanggil “The Descent”. Bandar yang makmur telah hancur dan dilabel sebagai Containment Zone (Zon Kuarantin), kawasan tercemar di mana “salji” turun secara berterusan.
Pemain akan bermain sebagai Adjustant iaitu kumpulan manusia pertama yang menyertai angkatan bersenjata anti-Titan, Heimdall Force. Misi mereka adalah untuk kembali ke Containment Zone dengan ahli pasukan, melawan para Titan, menyiasat kebenaran, dan melindungi umat manusia.
Buat masa ini, tiga watak didedahkan iaitu:
- Lyfe Bestla: Pakar dalam submachine gun
- Fritia Ignis: Pakar dalam Assault Rifle
- Fenny Golden: Pakar dalam shotgun
Selain gameplay-nya yang menarik, satu lagi daya tarikan adalah reka bentuk watak ala anime yang ditonjolkan lagi dengan animasi lancar dan kualiti grafik canggih berdasarkan Unreal Engine 4. Terus-terang, ini adalah peningkatan yang besar daripada game sebelum oleh pemaju iaitu Girl Cafe Gun.
Buat mereka yang tertarik, Snowbreak: Containment Zone akan keluar pada tahun ini untuk Android, iOS dan PC. Selain daripada prapendaftaran, Seasun Games juga merancang untuk mengadakan Ujian Beta Tertutup dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi game di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post