Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Terbaru Francais ‘Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian’ Bakal Tiba 26 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Game Terbaru Francais ‘Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian’ Bakal Tiba 26 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo bersama pembangun Gust telah mengumumkan bahawa Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian akan dilancarkan pada 26 September untuk PlayStation 5, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Untuk pasaran Jepun, versi PlayStation 4 turut disediakan, tetapi ia hanya eksklusif untuk wilayah tersebut.

Game ini berlatarbelakangkan dunia Atelier Resleriana: Forgotten Alchemy and the Polar Night Liberator, dan kali ini pemain akan menerokai benua baharu bernama Lantarna.

Di sini, kisah memfokuskan kepada dua protagonis utama: Rias Eidreise, seorang pengembara berbakat dalam seni alkimia, dan Slade Clauslyter, pemuda misteri yang memiliki keupayaan membuka laluan ke dunia alternatif.

Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan untuk membongkar misteri kehilangan penduduk Hallfein, selain berusaha mengembalikan semula kampung halaman mereka serta mencari insan-insan tersayang yang telah lama terpisah.

Dalam perjalanan, mereka turut akan dibantu oleh beberapa watak ikonik dari siri Atelier seperti Sophie Nuenmuller, Razeluxe Meitzen, Totori Helmold, dan Wilbell Voll-Ersleid.

Pemain berpeluang menjelajah dunia Lantarna yang penuh variasi, sambil mengumpul bahan-bahan untuk aktiviti sintesis dan meneroka pelbagai rahsia tersembunyi di kawasan yang berubah mengikut waktu siang dan malam, serta keadaan cuaca seperti hujan atau cerah.

Salah satu tarikan utama game ini ialah sistem dungeon “Dimensional Paths”, laluan berbilang tingkat yang dijana secara rawak. Setiap kali dimasuki, ia akan menyajikan cabaran, musuh, dan ganjaran berbeza, dengan tahap kesukaran yang boleh ditetapkan mengikut pilihan pemain.

Dari segi combat, The Red Alchemist & the White Guardian menggunakan sistem turn-based dengan elemen strategi yang dinamakan Gust sebagai “strategic timeline command battles”.

Pemain boleh membentuk pasukan sehingga enam orang — tiga di barisan hadapan dan tiga di barisan belakang — sambil menggunakan action point serta item untuk menghasilkan serangan, memanipulasi giliran, dan melancarkan serangan unite yang mampu memberikan peluang serangan berturut-turut kepada sekutu.

Satu lagi elemen penting dalam game ini ialah sistem “Gift Color Synthesis” milik Rias, di mana pemain boleh menghubungkan “Gift Color” pada bahan yang dikumpulkan untuk mencipta item baharu.

Dengan mengolah resipi, menambah sifat tertentu, serta bantuan daripada rakan-rakan seperjalanan, pemain boleh menghasilkan ciptaan yang lebih kuat dan berguna dalam pengembaraan.

Selain menjelajah, bertarung, dan menghasilkan item, pemain juga boleh menguruskan kedai milik Rias. Item yang dihasilkan boleh dijual untuk mendapatkan dana, yang kemudian boleh digunakan bagi membangunkan semula Hallfein.

Kemajuan dalam pembangunan ini pula akan membuka resipi baharu dan mengembangkan lagi jalan cerita utama.

Untuk maklumat lanjut, pemain boleh mengunjungi laman web rasmi.

Tags: Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

Next Post

Sony Hapus Region Lock Untuk Game PC Popular PlayStation, Akses Lebih Luas Di Seluruh Dunia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Sony Hapus Region Lock Untuk Game PC Popular PlayStation, Akses Lebih Luas Di Seluruh Dunia

Sony Hapus Region Lock Untuk Game PC Popular PlayStation, Akses Lebih Luas Di Seluruh Dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd