Game RPG Fairy Tail meneruskan pendedahannya kepada seluruh dunia, setelah baru-baru ini mengumumkan bahawa DLC akan dikeluarkan selepas pelancaran dan kemungkinan untuk menambahkan mod fotografi juga sedang diusahakan. Namun, info yang kami terima kali ini tidak berkaitan dengan perkara-perkara di atas, sebaliknya dengan karakter sendiri. Empat watak istimewa telah diumumkan dengan cara yang istimewa, untuk menjadikan pertempuran turn-based Fairy Tail semakin menarik!
Walaupun kita sudah tahu bahawa senarai watak yang boleh dimainkan dalam RPG Fairy Tail sangat besar, kita sekarang tahu bahawa bukan mereka sahaja yang akan mengambil bahagian dalam pertempuran. Dalam edisi terkini majalah Jepun Weekly Famitsu, mereka telah mengesahkan bahawa Ultear Milkovich, Lyon Vastia, Flare Corona dan Minerva Orland juga akan hadir di dalam permainan. Walaupun tidak boleh dimainkan, mereka muncul sebagai sokongan untuk membantu di medan pertempuran dan akan memudahkan pertarungan antara pemain dan musuh. Pergerakan mereka tidak boleh dikawal oleh pemain.
Dengan pengesahan empat watak ini, kita hanya boleh bertanya-tanya jika watak-watak ikonik Fairy Tail lain juga akan hadir dalam game yang dinanti-nantikan ini. Watak Fairy Tail mana yang anda paling ingin lihat? Kongsikan jawapan anda di ruang komen!
Fairy Tail akan keluar di PlayStation 4, Switch, and PC bermula 25 June 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post