Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game percuma PS Plus Ogos 2022 hadir dengan Yakuza: Like A Dragon!

Maira by Maira
July 28, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Percuma, PS4, PS5
0 0
0
Game percuma PS Plus Ogos 2022 hadir dengan Yakuza: Like A Dragon!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa PS Plus hadir dengan game percuma setiap bulan untuk pelanggan yang melanggan pakej Essential. Untuk Asia, terdapat empat game PS Plus percuma yang diberikan untuk Ogos 2022 dan antaranya Yakuza: Like A Dragon! Anda boleh mula menuntutnya pada 2 Ogos nanti sehinggalah 5 September. Tanpa membuang masa, jom kita lihat kesemua game percuma yang akan diberikan!

Yakuza: Like A Dragon (PS4/PS5)

Sebagai Ichiban Kasuga, anda kembali dalam masyarakat selepas berkhidmat selama 18 tahun disebabkan jenayah yang anda tidak lakukan. Temui kebenaran di sebalik pengkhianatan keluarganya merentasi bandar Jepun zaman moden. Bina parti dan luangkan masa bersama mereka untuk membuka kebolehan baru dan kemahiran kombo. Anda juga boleh libatkan diri dalam go-karting, pusat arked dan 50 sub-cerita lain.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 (PS4/PS5)

Ini merupakan koleksi game Tony Hawk’s Pro Skater & Tony Hawk’s Pro Skater 2, yang kembali dalam grafik HD baru. Kesemua pemain skate, level dan helah profesional telah di-remaster malah banyak lagi perkara baru yang diperbaharui. Dengan soundtrack baru, kombo trick, anda boleh bermain bersama kawan dengan mode local 2 pemain. Perbaiki kemahiran anda dalam talian dan bersaing dengan pemain dari seluruh dunia tidak kiralah dalam mode multiplayer atau leaderboard. Inilah masanya untuk menjadi pemain skate hebat seperti Tony Hawk, Kareem Campbell, Bucky Lasek dan ramai lagi!

Little Nightmare (PS4)

Bantu Six melarikan diri dari The Maw – sebuah kapal yang luas dan misteri yang didiami oleh roh yang mencari mangsa seterusnya. Semasa anda meneruskan perjalanan anda, terokai rumah anak patung yang menawarkan penjara untuk melarikan diri dan taman permainan yang penuh dengan rahsia untuk ditemui. Gunakan imaginasi anda dan cari jalan keluar!

Unrailed (PS4)

Ia merupakan game multiplayer di mana anda perlu bekerjasama dengan rakan anda untuk membina landasan kereta api merentasi dunia yang dijana secara prosedur yang tiada penamat. Berjumpa dengan ramai penduduk rawak serta tingkatkan kereta api anda supaya ia tidak tergelincir.

Boleh tahan juga game percuma PS Plus Ogos 2022. Anda jangan lupa pula untuk tuntut game bulan Julai pula. Tarikh akhir untuk tuntut pada 1 Ogos ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game percuma daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: ps plusPS Plus Ogos 2022
Previous Post

Digimon Survive akan dilancarkan bersama bonus khas, ada kad TCG dan Guilmon!

Next Post

[Khabar Angin] GTA 6 akan menampilkan protagonis wanita buat kali pertama

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Khabar Angin] GTA 6 akan menampilkan protagonis wanita buat kali pertama

[Khabar Angin] GTA 6 akan menampilkan protagonis wanita buat kali pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd