Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Paling Hangat di Steam Setakat Ini – Manor Lords! Jual 1 Juta Unit Dalam Hanya 2 Hari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2024
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Game Paling Hangat di Steam Setakat Ini – Manor Lords! Jual 1 Juta Unit Dalam Hanya 2 Hari!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara game paling wishlist di Steam, Manor Lords telah berjual menjual lebih 1 juta unit dan mencapai jumlah pemain serentak tertinggi sebanyak 170K sedangkan ia baru sahaja dikeluarkan 2 hari lepas. Untuk meraikan pencapaian ini, penerbit Hooded Horse telah berkongsi rekod luar biasa ini di Twitter/X.

Since yesterday's launch Manor Lords has already sold over 1 million copies & hit a peak Steam concurrent player count of 170k – highest ever for a city builder (or for other different genres like GSG/4x/colony sim). Congrats @LordsManor, we're honored to serve as your publisher! pic.twitter.com/559uGRp1NO

— Hooded Horse (@HoodedHorseInc) April 27, 2024

Dengan pencapaian setinggi itu, Manor Lords juga merupakan pemegang rekod untuk jumlah pemain serentak tertinggi di Steam untuk mana-mana game dalam genre city builder.

April 26 is fast approaching.

While we count the minutes to release, we have some incredible news to share.

Manor Lords is currently the most wishlisted game on Steam.

Congratulations to @lordsmanor, and a massive thanks to everyone who has supported us along the way! pic.twitter.com/Y59gjdWuPU

— Hooded Horse (@HoodedHorseInc) April 11, 2024

Pada 2 minggu yang lalu, penerbit Hooded Horse turut mendedahkan bahawa Manor Lords adalah game paling wishlist di Steam, dengan mencapai 2.5 juta wishlist dan mengalahkan game lain yang sama-sama dinantikan seperti Hades II dan Black Myth: Wukong.

Tentang Manor Lords

Kredit: Steam

Manor Lords ialah game strategi yang dibangunkan oleh Slavic Magic dan diterbitkan oleh Hooded Horse. yang membolehkan anda mengalami kehidupan seorang raja pada zaman pertengahan. Majukan kampung anda kepada bandar yang sibuk, urus sumber dan pengeluaran, dan kembangkan kawasan melalui penaklukan.

Kredit: Steam

Diilhamkan oleh seni dan seni bina Franconia pada akhir abad ke-14, game ini mengutamakan ketepatan sejarah, dan menggunakannya di dalam mekanik gameplay dan visual. Ini menjadikan dunia terasa lebih autentik, berwarna-warni dan boleh dipercayai.

Game ini menyediakan pengalaman membina bandar dengan kebebasan penuh untuk penempatan dan rotasi. Mekanik membina bangunan dipengaruhi oleh pertumbuhan bandar dan kampung zaman pertengahan sebenar, di mana laluan perdagangan utama dan landskap akan mempengaruhi cara penempatan dibentuk dan dibangunkan.

Kredit: Steam

Di permulaan, pemain hanya mempunyai tanah kecil di wilayah yang luas, tetapi cita-cita antara anda dan kerajaan jiran lain pasti akan membawa kepada konflik. Pimpin askar anda ke dalam peperangan, dan menyusun strategi agar setiap pengorbanan berbaloi untuk luaskan empayar anda.

Bagi mereka yang berminat, Manor Lords kini tersedia di PC melalui Steam.

Tags: Manor Lordssteam
ShareTweetSend
Previous Post

Akuma Akan Mengganas Di Street Fighter 6 Pada 22 Mei

Next Post

hololive Buka Pendaftaran Untuk Ujian Beta Aplikasi “holoplus” Global

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
hololive Buka Pendaftaran Untuk Ujian Beta Aplikasi “holoplus” Global

hololive Buka Pendaftaran Untuk Ujian Beta Aplikasi "holoplus" Global

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd