Google baru saja mendedahkan pemenang Google Play Best of 2019 dan dua permainan video dari NetEase Games telah menerima anugerah hebat ini. LifeAfter kini menjadi Best Competitive Game of 2019 manakala Super Mecha Champions ialah Google Play Best Innovative Game of 2019.
LifeAfter telah dipilih sebagai pemenang Best Competitive di PlayStore Taiwan dan Hong Kong. Sejak pelancarannya pada awal tahun ini, LifeAfter telah mencapai lebih daripada 40 juta muat turun serta menduduki tangga teratas di Taiwan, Hong Kong, Macau, Jepun, Singapura dan Malaysia. Selepas menerima update besar baru-baru ini, permainan baru dan inovatif diperkenalkan dan pemain dapat mencuba kandungan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Peta “Levin City” baru sahaja dilancarkan bulan lepas di LifeAfter, dan untuk maklumat lanjut, sila lawati Facebook rasmi mereka.
Super Mecha Champions, sebuah mecha anime shooter memenangi anugerah Best Innovative di Thailand dan Indonesia. Dilancarkan pada bulan Julai, Super Mecha Champions disukai oleh ribuan pemain dan disyorkan oleh Play Store di lebih dari 100 negara di seluruh dunia. Super Mecha Champions akan menamatkan season keduanya tidak lama lagi dan season baru bertema musim sejuk akan dibuka dengan lebih banyak kandungan menyeronokkan untuk pecinta mecha.
Dua game terkenal NetEase Games – Knives Out dan Identity V telah menerima sambutan yang hebat di pasaran Jepun. Kedua-dua game itu kekal popular selepas 2 tahun dilancarkan dengan menganjurkan pelbagai acara termasuk pertandingan offline dan pertandingan e-sukan secara aktif. Permainan video lain seperti siri Onmyoji, MARVEL Super War, dan EVE Echoes juga dijangka akan membawa keseronokan kepada pemain.
@gamersantaimy
Discussion about this post