Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Yu Yu Hakusho Genkai Battle Spirit siap untuk pra-pendaftaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile Yu Yu Hakusho Genkai Battle Spirit siap untuk pra-pendaftaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Mobcast Games akhirnya membuka pra-pendaftaran di Jepun untuk permainan mudah alih Yu Yu Hakusho Genkai Battle Spirits! Awalnya dirancang untuk keluar pada tahun 2019, permainan ini muncul kembali dengan promosi baru, seni baru, dan laman web yang dikemas kini. Walaupun Mobcast Games tidak memberitahu tarikh pelepasan rasmi, namun mereka yang duduk di Jepun kini dapat mendaftar.

Permainan mudah alih ini asalnya muncul dalam artikel Jump Festa pada tahun 2019, dan sepatutnya dilancarkan pada tahun yang sama. Malangnya, ia tidak pernah dikeluarkan, tetapi Mobcast Games mengumumkan sekali lagi mereka sedang berusaha membangunkan permainan pada bulan November 2020. Sempena pembukaan pra-pendaftaran, Mobcast Games melancarkan laman web yang diperbaharui dan melancarkan iklan dengan penyanyi Maki Goto.

https://www.youtube.com/watch?v=M5ZsOLSXVWQ

Permainan ARPG ini akan menggunakan jalan cerita sama seperti siri asal, di mana pemain akan dapat menggunakan watak kegemaran dan abiliti ikonik dari siri anime. Permainan ini menyokong “co-op“, yang membolehkan kita bekerjasama dengan pemain lain untuk menyelesaikan apa-apa peringkat.

Walaupun percuma, ia datang dengan pilihan transaksi-mikro. Khas sebelum pelancaran rasmi, Mobcast Games sedang menjalankan promosi dan bergantung pada berapa banyak orang yang membuat pra-pendaftaran untuk permainan tersebut, pemain akan dihadiahkan mata wang Rurimaru! Berikut adalah senarai jumlah pra-pendaftaran:

 

  • 50,000 – 150 Rurimaru
  • 100,000 – 300 Rurimaru
  • 200,000 – 600 Rurimaru
  • 300,000 – 950 Rurimaru
  • 500,000 – 1500 Rurimaru

Yu Yu Hakusho Genkai Battle Spirits akan dilancarkan pada peranti Android dan iOS di Jepun. Anda boleh membuat pra-pendaftaran melalui laman web rasmi, Twitter rasmi dan akaun LINE rasmi.

Sumber – 4Gamer

Tags: AndroidiOSJepunMobcast GamesMobileyu yu hakushoYu Yu Hakusho Genkai Battle Spirits
Previous Post

Pelakon filem Borderlands didedahkan termasuk Edgar Ramirez, Kevin Hart, Jack Black & ramai lagi!

Next Post

Ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula 8 April ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Next Post
Ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula 8 April ini

Ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula 8 April ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd