Setelah disahkan bahawa francais anime/manga Kimetsu no Yaiba oleh Koyoharu Gotōge akan mendapat game mobile “action asymmetric” pada tahun ini untuk pelantar IOS dan Android, kali ini Aniplex mengumumkan bahawa game yang akan diberi judul rasmi Kimetsu no Yaiba: Keppuu Kengeki Royale sudah mula membuka pra-pendaftaran. Info ini disahkan melalui Twitter rasmi mereka dan anda boleh lihat pautan di bawah:
事前登録方法の詳細については下記ニュース記事をご確認ください🙏https://t.co/0Fri3c8oPr
— アプリゲーム「鬼滅の刃 血風剣戟ロワイアル」【公式】 (@kimetsuRoyaleJP) May 14, 2020
Bergantung pada jumlah pra-pendaftaran, anda akan dihadiahkan dengan beberapa ganjaran istimewa semasa permainan dilancarkan! Diambil daripada notis di laman web rasmi, pemain akan memperolehi:
- 100,000 pra-pendaftaran: Bloody Stone (mata wang dalam permainan) untuk 3 gacha;
- 200,000 pra-pendaftaran: Bloody Stone untuk 5 gacha;
- 300,000 pra-pendaftaran: Pilih antara watak Tanjiro, Nezuko, Zenitsu, atau Inosuke;
- 400,000 pra-pendaftaran: Bloody Stone untuk 10 gacha;
- 500,000 pra-pendaftaran: Kad abiliti SSR eksklusif
Spesifikasi
Tajuk |
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Keppuu Kengeki Royale
|
Genre |
Asymmetric battle-survival action
|
OS |
iOS, Android (sesetengah peranti mungkin tidak disokong)
|
Platform |
App Store, Google Play
|
Pelancaran | 2020 (Jepun) |
Harga |
Percuma untuk bermain (dengan pembelian dalam aplikasi)
|
Pembangunan & Pengurusan | Quatro A |
Kerjasama Pembangunan | Soleil |
Perancangan & Pengedaran | Aniplex |
Untuk baca info penuh bagi Kimetsu no Yaiba: Keppuu Kengeki Royale, sila klik di sini bagi jalan cerita, sistem pertempuran, dan lain-lain. Jangan tunggu lagi! Pra-daftar sekarang dengan pautan di bawah!
@gamersantaimy
Discussion about this post