Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game MMORPG ikonik PC, RuneScape kini telah dilancarkan ke platform mobile!

Anda boleh muat turun RuneScape di AppStore dan PlayStore sekarang!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 18, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, iOS, MMO, Mobile, Platform
0 0
0
Game MMORPG ikonik PC, RuneScape kini telah dilancarkan ke platform mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun kepada game MMORPG PC ikonik, Jagex hari ini telah mengumumkan bahawa RuneScape kini telah pun dilancarkan sepenuhnya untuk platform mobile. Game ini akan membawa pemain merasai pengalaman ke dunia fantasi terbuka di mobile mereka, dan ianya kini tersedia sebagai muat turun percuma di App Store serta Google Play.

Pengembangan RuneScape di platform mobile memberikan pemain mencuba cross-platform penuh, dan membolehkan mereka bermain dari PC ke telefon. RuneScape juga dilengkapkan dengan semua quest, karakter, penceritaan dan lokasi dari game PC asal. Untuk pemain baru pula, mereka akan mendapat faedah keahlian selepas menuntut 7 hari percubaan percuma.

Sebelum pelancaran RuneScape ke telefon pintar, ia telah berjaya mengumpul lebih 1.8 juta pemain pra-daftar. Kini, mereka yang telah membuat pra-pendaftaran di mobile boleh bergabung dengan berjuta-juta pemain lain untuk bersama-sama dalam pengembaraan RuneScape melalui program Early Access. Hasil dari kejayaan ini, para pemain akan menerima lima ganjaran kosmetik eksklusif, seperti hairstyle, teleport device, sword, pet dan hadiah top tier yang merangkumi Crux Eqal armour dan 50% XP peningkatan sepanjang 7 hari ini.

Penerbit Eksekutif RuneScape, Ryan Ward menyatakan hari ini mereka telah berjaya membawa salah satu MMO terbesar dan paling ikonik di dunia, dengan kandungan yang menarik dari 20 tahun dulu ke mobile. Pemain mobile bakal disambut oleh berjuta-juta komuniti dan dapat membawa hero mereka ke pengembaraan dunia Gielinor. Beliau juga tidak sabar untuk mendengar semua kisah dan pencapaian baru dari pemain mereka, serta sangat berbangga kerana RuneScape kini boleh dimainkan dimana-mana sahaja.

CEO kepada Jagex, iaitu Phil Mansell menyatakan bahawa membawa game ini ke platform mobile adalah salah satu pencapaian luar biasa dari pasukan mereka. Beliau yakin dengan sistem cross-platform antara PC dan mobile, dapat memberikan pemain meneruskan pengembaraan mereka walaupun tidak berada di skrin desktop. Beliau juga mengatakan Jagex kini telah membawa dua MMORPG paling popular ke platform mobile, iaitu RuneScape dan Old School membuktikan pasukannya sangat komited dalam memastikan pengembangan dua game ini sebagai multi-platform.

Dengan pelancaran hari ini, RuneScape kini bergabung dengan Old School RuneScape di platform mobile, yang telah dilancarkan pada tahun 2018 dengan lebih 13 juta muat turun. Old School RuneScape juga merupakan pemenang untuk BAFTA Audience Award semasa EE Mobile Game of the Year di BAFTA Games Awards 2019.

Anda kini boleh muat turun RuneScape di mobile yang tersedia secara percuma untuk iOS dan Android dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dan Brazil. Untuk membaca liputan kami mengenai RuneScape, anda boleh sahaja tekan pada pautan ini.

Muat turun di sini
RuneScape
Publisher: Jagex
Release Date TBC
Android, iOS
Terokai dunia MMORPG ikonik di mobile! Pemain akan mengembara ke Sixth Age of Gielinor dan temui dunia terbuka MMORPG fantasi yang mempunyai pelbagai kandungan dari versi PC asal. Rakyat Gielinor mungkin sudah berkembang maju, tetapi Elders Gods mereka masih kekal sama. Awan mendung semakin gelap menandakan peperangan sudah tiba! Alami dunia MMO fantasi online yang menyeronokkan!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSJugexMobileRuneScape
Previous Post

Captain Jack Sparrow dalam Sea of Thieves: A Pirate’s Life! Musim terbaru didedahkan oleh Xbox!

Next Post

Demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin nampaknya dilanjutkan sehingga 26 Jun!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin nampaknya dilanjutkan sehingga 26 Jun!

Demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin nampaknya dilanjutkan sehingga 26 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd