Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Launcher HoYoPlay Akan Datang – Menggabungkan Semua Game HoYoverse Ke Dalam Satu Platform

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2024
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Game Launcher HoYoPlay Akan Datang – Menggabungkan Semua Game HoYoverse Ke Dalam Satu Platform

Bukan launcher rasmi, hanya rekaan oleh peminat | Kredit: r/houkai3rd

Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, HoYoverse telah mengesahkan bahawa launcher bersatu bernama HoYoPlay (dikenali sebagai miHoYo launcher di China) akan dikeluarkan untuk semua game PC yang diterbitkan oleh mereka (harap-harap dalam masa terdekat).

Bukan launcher rasmi, hanya rekaan oleh peminat | Kredit: r/houkai3rd

Menurut posting di HoYolab untuk Genshin Impact dan Honkai: Star Rail, launcher PC baharu itu akan dilaksanakan selepas update pada PC client.

Pada saat penulisan, tiada maklumat tentang jadual update didedahkan, dan tiada sebarang butiran tentang cara ia akan dikemas kini. Tetapi HoYoverse meminta pemain untuk menunggu maklumat lanjut pada masa hadapan, jadi korang boleh mengharapkan info penting tidak lama lagi.

Apa itu HoYoPlay?

Bukan launcher rasmi, hanya rekaan oleh peminat | Kredit: r/houkai3rd

Bagi mereka yang kurang tahu, HoYoPlay ialah launcher bersepadu untuk semua game PC HoYoverse seperti Genshin Impact, Honkai Impact, Honkai Star Rail, dan lain-lain. Pemain akan dapat menggunakan launcher ini untuk memuat turun dan melancarkan pelbagai game HoYoverse berbeza.

Buat masa sekarang, jika anda ingin bermain mana-mana game HoYoverse, anda perlu memuat turun launcher individu dan melancarkannya secara berasingan. Walaupun kita boleh memainkan semua game pada peranti yang sama, mempunyai banyak launcher kadangkala menyusahkan kita mencari game dan juga memberatkan sistem PC.

Jadi pengenalan HoYoPlay adalah sesuatu yang bagus untuk para gamer, yang mengumpulkan semua game ke dalam satu launcher.

Walaupun kami tidak dapat pengesahan jika game baru seperti Zenless Zone Zero akan ditambah ke dalam launcher atau tidak, sekurang-kurangnya anda boleh mendapatkan lebih banyak kemudahan semasa bermain game kegemaran.

Satu lagi info penting adalah HoYoPlay ialah launcher untuk game PC Hoyoverse sahaja, jadi game eksklusif di mobile seperti Tears of Themis tidak akan disertakan dalam launcher.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoYoPlayHoYoverse
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Hunter x Hunter: Nen x Impact Akhirnya Ditunjukkan, 3v3 Fighting Game Berdasarkan Anime

Next Post

Webcomic Digimon Liberator Tersedia Sekarang – Boleh Baca Secara Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Webcomic Digimon Liberator Tersedia Sekarang – Boleh Baca Secara Percuma!

Webcomic Digimon Liberator Tersedia Sekarang - Boleh Baca Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd