Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game klasik legend Ultima Underworld dan Syndicate kini PERCUMA di GOG!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 9, 2021
in Artikel, Genre, GOG, PC, Platform
0 0
0
Game klasik legend Ultima Underworld dan Syndicate kini PERCUMA di GOG!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, syarikat GOG mengumumkan bahawa mereka sedang membawa kembali beberapa game Ultima Underworld dan Syndicate ke stor digitalnya! Anda boleh mendapat Ultima Underworld 1 +2, Syndicate Plus dan Syndicate Wars secara percuma sehingga 3 September nanti. Sebelum ini, mereka ingin menarik keluar game-game itu atas permintaan Electronic Arts.

keempat-empat tajuk game ini telah kembali ke laman GOG bersama pesanan dari EA yang menyatakan selepas 20 tahun, Ultima Underworld dan Syndicate masih menjadi tajuk kegemaran peminat. Untuk meraikan para pemain, mereka telah memberikan game ini sebagai muat turun percuma selama empat minggu.

Mengenai siri Ultima Underworld, ia adalah salah satu RPG yang sangat berpengaruh, dan game ini telah dilancarkan pada tahun 1992 dan Ultima Underworld 2 pula dikeluarkan pada tahun 1993. Game genre first-person adventure ini dicipta oleh pembangun legenda seperti Richard Garriott, Warren Spector dan Paul Neurath.

Manakala siri Syndicate Plus pula adalah pelancaran semula dari game Syndicate asal, dan menerima pek pengembangan pada tahun 1996. Syndicate membawa pemain ke dunia isometrik real-time tactical strategy dari pembangun Bullfrog, iaitu Peter Molyneux. Game ini telah dilancarkan pada tahun 1993, dan telah mendapat sekuelnya, iaitu Syndicate Wars pada tahun 1996.

Pengumuman ini tidak menyatakan apa-apa mengenai refund kepada pemain, tetapi yang pasti peminat game retro pasti ingin mendapatkan permainan klasik tersebut sebelum ia dikeluarkan dari senarai. Disini saya sediakan terus pautan ke Ultima Underworld 1 + 2, Syndicate Plus dan Syndicate Wars untuk anda dapatkan di GOG sekarang! Tawaran ini akan berlangsung sehingga 3 September, jadi peminat game retro jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan empat game legend ini!

Tags: Game KlasikGame PercumagogSyndicateUltima Underworld
Previous Post

Manga Berserk masih akan melancarkan bab baru selepas kematian pencipta

Next Post

Pemain Genshin Impact berjaya membuat Glitch ke Inazuma tanpa menyelesaikan “Quest”!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pemain Genshin Impact berjaya membuat Glitch ke Inazuma tanpa menyelesaikan “Quest”!

Pemain Genshin Impact berjaya membuat Glitch ke Inazuma tanpa menyelesaikan "Quest"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd