Stray Fawn Studio telah mengumumkan bahawa The Wandering Village akan dilancarkan ke Steam Early Access pada 15 September untuk PC, Mac dan Linux. Diinspirasikan oleh Nausicaä of the Valley of the Wind karya Hayao Miyazaki, The Wandering Village ialah game city-builder unik yang berlangsung di atas sejenis makhluk gergasi bernama Onbu.
Menggabungkan genre city-building dan pengurusan sumber dengan elemen rouge-like survival, pemain perlu menjalin hubungan rapat dengan makhluk gergasi itu jika mereka mahu mengharungi dunia yang berbahaya. Daripada menanam tanaman dan mengumpul sumber khas, hingga ke memerhati alam sekitar dan mengembangkan penempatan mereka, pemain mesti mengekalkan kesihatan makhluk itu sambil mengimbangi keperluan penduduk jika mahu bertahan hidup.
Menghadapi cuaca yang kejam, parasit penghisap darah, flora beracun dan sumber terhad dan lain-lain bukanlah tugas yang mudah. Bertindak balas terhadap peluang unik dan ancaman alam sekitar, sambil mengubahsuai kampung dan keperluan anda semasa mengembara melalui pelbagai biom berbahaya.
Menjalin hubungan antara penduduk dan Onbu pun adalah sesuatu yang mencabar, kerana minat mereka selalunya tidak sama. Sebagai makhluk hidup, badannya yang unik menimbulkan cabaran tersendiri untuk reka bentuk petempatan anda. Sebagai contoh, ada kemungkinan sejenis duri akan tumbuh di rumah pendek, manakala proses menuai yang gagal boleh menyebabkan penduduk menjadi terdesak hingga mereka terpaksa mengambil darah Onbu untuk makanan.
Berikut adalah ciri-ciri penting tentang game:
- Bina sebuah petempatan unik di atas makhluk gergasi yang dikenali sebagai Onbu
- Tanam pelbagai tanaman untuk memberi makan kepada penduduk anda
- Hantar misi mencari makanan untuk mengumpul sumber istimewa
- Harungi pelbagai biom dan peristiwa berbeza
- Bina hubungan dengan makhluk gergasi dan mempengaruhi tindakannya
- Menyelidik dan membina pelbagai bangunan berbeza
- Gaya seni unik dengan gabungan grafik 2D, 3D dan lukisan tangan, animasi tangan
Tersedia secara Steam Early Access untuk PC, Mac dan Linux pada 15 September, ini hanyalah permulaan untuk perjalanan Onbu. The Wandering Village juga akan menuju ke Xbox Game Preview pada tahun 2023.
@gamersantaimy
Discussion about this post