Akihiro Hino, presiden Level-5 iaitu pembangun game Ni no Kuni telah mendedahkan game terbaru siri ini sedang dalam pembangunan; menerusi satu temu ramah dengan majalah Jepun, Nikkei.
Menerusi temu ramah ini, Hino mengatakan beliau dalam perancangan untuk mengeluarkan game yang baru dari siri ini selepas filem animasi adaptasi siri ini dikeluarkan. Walaupun transkrip terjemahan temu ramah ini kurang jelas; ini tidak bermakna kita boleh mengharapkan game yang baru sekitar September ini; kerana Ni no Kuni II baru sahaja dikeluarkan pada Mac 2018 dan 18 bulan kemudian untuk harapkan game yang baru kelihatan agak mustahil.
Untuk meneka tarikh keluarannya, terdapat banyak cara. Berdasarkan tarikh filem animasi, game edisi mudah alih, versi remaster Wrath of the White Witch untuk PlayStation 4 tahun ini, dan juga versi Nintendo Switch yang sedang dibangunkan.
Berdasarkan gerakan multi platform yang diterima oleh siri Ni no Kuni, tidak hairanlah untuk sebuah lagi game baru untuk diterbitkan. Ni no Kuni telah terjual 1 juta unit hanya beberapa bulan selepas keluarannya dan ini dianggap satu kejayaan.
Namun apa yang belum kelihatan adalah edisi Ni no Kuni untuk PC. Edisi remaster game nya yang pertama bakal menyertai Ni no Kuni II di Steam, tetapi hanya keluaran terkini game ini sahaja yang telah terlepas ke platform PC buat masa ini.
Sumber: PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post