Game AR The Witcher: Monster Slayer akan keluar 21 Julai di Android & iOS!

Sebagai entri seterusnya dalam siri permainan The Witcher, The Witcher: Monster Slayer telah diumumkan untuk pelantar iOS dan Android dan bakal dilancarkan pada 21 Julai. Yang lebih seronok lagi tentang The Witcher: Monster Slayer adalah percuma untuk dimuat turun. Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, anda boleh membuat pra-pendaftaran sekarang melalui Google Play.

Bagi mereka yang tidak tahu, The Witcher: Monster Slayer adalah permainan augmented reality (AR) ala-ala Pokemon Go di mana permainan berasaskan lokasi pada masa nyata. Pemain akan berjalan melalui dunia sebenar untuk memburu raksasa. Apabila anda menemui raksasa untuk dibunuh, permainan ini mengambil pendekatan yang lebih aktif pada pertarungan dan menampilkan sistem pertempuran “first-person”, di mana kita dilengkapi dengan pedang, sihir-sihir istimewa, dan potion untuk membantu pemain menewaskan pelbagai raksasa yang mencabar.

The Witcher: Monster Slayer dibangunkan oleh Spokko, sebuah studio permainan mudah alih di bawah CD Projekt Red. Anda juga dapat melihat secara ringkas bagaimana gameplay permainan dalam video di bawah:

Oleh kerana tarikh pelancaran telah dinyatakan, kemungkinan besar permainan ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di WitcherCon. Sekali lagi saya ulang, The Witcher: Monster Slayer akan tersedia di peranti Android dan iOS pada 21 Julai. Pengguna yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran sekarang.

Sumber – The Witcher

The Witcher: Monster Slayer
Publisher: CD Projekt
Developer: Spokko
Release Date TBC
Android, iOS
The Witcher: Monster Slayer adalah permainan augmented reality (AR) ala-ala Pokemon Go di mana permainan berasaskan lokasi pada masa nyata. Pemain akan berjalan melalui dunia sebenar untuk memburu raksasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.