Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Francais PUBG Berkembang Dengan “Black Budget” – Sebuah First-Person Extraction Shooter Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2025
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Francais PUBG Berkembang Dengan “Black Budget” – Sebuah First-Person Extraction Shooter Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan pembangun PUBG Studios telah secara rasmi mengumumkan projek terbaharu mereka, “PUBG: Black Budget,” sebuah first-person extraction shooter untuk PC. Setelah berbulan-bulan spekulasi, judul baharu yang berlatarkan alam PUBG ini akan tersedia untuk ujian percubaan bulan depan melalui alpha tertutup.

“PUBG: Black Budget” digambarkan sebagai tactical extraction shooter yang menekankan ‘tension’, ‘survival’ dan sesuatu yang tidak diketahui. Pemain akan memegang watak sebagai “Contractor,” seorang veteran berpengalaman yang ditugaskan untuk mendapatkan semula teknologi dari fasiliti penyelidikan di sebuah pulau terpencil.

Misi ini dirumitkan oleh fenomena ghaib dikenali sebagai “Anomaly,” yang telah memerangkap pulau itu dalam satu gelung masa.

Game ini akan menampilkan sebuah pulau seluas 2.5 x 2.5 km dengan pelbagai biom dan fasiliti bawah tanah untuk diterokai oleh pemain. Perlawanan, atau “loop,” direka untuk berlangsung sehingga 30 minit dan akan menjadi hos kepada sehingga 45 pemain dalam skuad sehingga tiga orang.

Ciri utama game ini ialah inventori berterusan, yang bermaksud pemain akan menyimpan sebarang peralatan yang berjaya diekstrak, tetapi akan kehilangan apa sahaja yang mereka bawa ke dalam misi jika mereka mati.

Gameplay akan berkisar pada pertemuan pemain-lawan-pemain-lawan-persekitaran (PvPvE), yang akan menemukan pemain sesama sendiri serta dengan pelbagai entiti musuh di pulau itu.

Bagi menambahkan bahaya, Anomali akan mengecilkan kawasan yang boleh dimainkan secara beransur-ansur, lantas memaksa konfrontasi dan mencipta senario yang tidak dapat diramalkan. Tahap kesukaran permainan juga akan meningkat selaras dengan tahap pemain dan jumlah masa yang dihabiskan dalam satu gelung.

Di antara misi, pemain boleh memperibadikan watak mereka dan meluaskan pangkalan peribadi. Pangkalan ini akan menampilkan stesen crafting, naik taraf simpanan dan kemudahan yang boleh memberikan pendapatan. Perkembangan watak akan merangkumi skil, proficiency dan sistem upgrade.

Pemain juga boleh bersekutu dengan salah satu daripada tiga faction untuk mengambil kontrak dan misi, lantas memperoleh ganjaran yang terikat dengan kesetiaan dan reputasi mereka. Pilihan customization yang luas untuk watak, senjata dan peralatan juga akan tersedia.

Untuk memberi pemain merasai aksi pertama, ujian alpha tertutup akan diadakan pada bulan Disember. Ujian ini akan dijalankan pada dua hujung minggu yang berasingan: 12 hingga 14 Disember dan 19 hingga 21 Disember. Ujian ini akan tersedia untuk pemain PC di Asia, dengan pendaftaran kini dibuka melalui Steam.

Tags: PUBG: Black Budget
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Raikan Nintendo eShop Malaysia Dengan Diskaun Hebat, Turut Ada Jualan Black Friday Di Steam

Next Post

Genshin Impact “Version Luna III” Akan Tiba 3 Disember Dengan Watak Baharu, Durin

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Genshin Impact “Version Luna III” Akan Tiba 3 Disember Dengan Watak Baharu, Durin

Genshin Impact "Version Luna III" Akan Tiba 3 Disember Dengan Watak Baharu, Durin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd